Kes 1MDB: Saksi mengaku gagal kendali akaun Najib

January 27, 2023 · Isu semasa

Bekas Pengurus Perhubungan AmBank memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur beliau gagal mengendalikan akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, lapor Sinar Harian.

Joanna Yu Ging Ping, 52 berkata ini kerana beliau tidak berhubung terus dengan bekas perdana menteri itu berkait transaksi akaun bank tersebut.

Saksi pendakwaan ke-41 (SP-41) itu berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam prosiding kes suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pengubahan wang haram membabitkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu.

Joanna berkata sebarang urusan perbankan melibatkan pemimpin UMNO itu dibuat menerusi ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Muhammad Shafee: Adakah Najib diminta menandatangani sebarang borang yang menunjukkan bahawa beliau seorang yang terdedah secara politik (PEP)?

Joanna: Tidak pasti kerana ia membabitkan urusan di bahagian cawangan. Ia tidak pernah ditunjukkan kepada saya malah saya tiada ada mempunyai akses kepada sistem akaun semasa AmBank.

Muhammad Shafee: Setuju atau tidak, kamu atau AmBank tidak beritahu pada Najib, mengenai transaksi wang berjumlah AS$800 juta yang masuk ke akaun peribadinya.

Joanna: Ya.

Muhammad Shafee: Kamu tidak memaklumkan kepada pelanggan (Najib), pada bila-bila masa atau menyatakan “Encik PM, saya tidak selesa dengan jumlah ini, ia kelihatan tidak betul”.

Joanna: Saya tidak maklumkannya, saya tidak rasa bank ada buat begitu.

Muhammmad Shafee: Adakah pihak bank memaklumkan pada Najib, ada perkara yang tidak kena?

Joanna: Tidak.

Najib, 70, menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin ini.

Berita berkaitan
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
4 jam lalu· Isu semasa
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
15 jam lalu· Politik
Zahid dapat pasport semula secara kekal, tidak dibantah pendakwa
March 27, 2023· Politik
Kes saman Zahid-Dr Mahathir ditetapkan pada November tahun ini
March 24, 2023· Politik
Popular
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
March 31, 2023
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Pertuduhan terhadap Ke Ting cacat, tak ikut undang-undang: Pembela
22 minit lalu · Isu semasa
Najib habis saluran undang-undang untuk rayuan, kata pendakwa raya
33 minit lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
6 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
6 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok