Kertas putih perolehan vaksin, lagi satu kerja buang masa kerajaan campuran

February 8, 2023 · Isu semasa

Kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) mengumumkan untuk membentangkan kertas putih melibatkan perolehan vaksin Covid-19 yang diluluskan sebelum ini.

Malangnya, kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya lebih suka membuang masa daripada mencari jalan untuk menangani isu kos sara hidup dan melaksanakan manifesto yang ditawarkan mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Sudahlah rakyat sudah tertekan dengan harga barang yang tidak turun dan meningkat mendadak, bagaimanapun kerajaan campuran lebih berminat mencari kesalahan kerajaan sebelumnya.

Mantan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri (KSUS) Kelapan, Datuk Dr. Marzuki Mohamad memperincikan proses dan prosedur perolehan vaksin tersebut diluluskan yang dibuat menerusi kelulusan Kabinet.

“Saya tak faham kenapa kabinet seperti yang diumum oleh PMX buat keputusan untuk bentang kertas putih mengenai perolehan vaksin. Kononnya perolehan dibuat dengan tidak teratur tanpa kelulusan Peguam Negara (AGC).

“Keputusan perolehan vaksin telah dibawa ke kabinet untuk kelulusan. Biasanya agensi-agensi berkaitan beri ulasan terlebih dahulu ke atas Memorandum Jemaah Menteri untuk perolehan vaksin.

“Saya percaya Jabatan Peguam Negara antara agensi yang beri ulasan,” kataya dalam satu hantaran Facebook hari ini.

Malah, Marzuki berkata perolehan vaksin tersebut juga sudah diteliti dan terkandung dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang disediakan sebelum ini oleh Ahli Parlimen DAP dan PKR sendiri.

“Lebih jelas isu perolehan vaksin telah dibawa ke perhatian PAC pada tahun 2021. Dalam laporan setebal 521 muka surat, PAC mengesahkan bahawa perolehan vaksin telah dibuat secara teratur.
Pengerusi PAC pada ketika itu ialah Ahli Parlimen DAP, YB Wong Kah Woh dan Nurul Izzah (Permatang Pauh) juga angggota PAC pada masa itu.

“Jadi, ke mana nak dibuang laporan PAC setebal 521 muka surat itu? soalnya lagi.

Dalam pada itu, Marzuki menyifatkan langkah kerajaan campuran membawa kertas putih tersebut adalah kerja buang masa.

“Ini semua kerja buang masa,” tegasnya lagi.

Anwar sebelum ini mendakwa perolehan vaksin itu antara lain tidak mendapat kelulusan AGC.

Khairy ialah menteri penyelaras vaksin ketika perolehan itu dibuat, manakala Datuk Seri Dr Adham Baba merupakan Menteri Kesihatan ketika itu.

Sebelum ini, PAC menyiasat perolehan vaksin Covid-19 pada 2021, dengan memanggil Khairy, Adham serta Menteri Kewangan ketika itu Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk menjawab pertanyaan.

PAC dalam laporannya berkata, Putrajaya membayar harga premium kepada pengeluar vaksin, Sinovac Biotech Ltd untuk dos tertentu bagi mengimbangi kelewatan susulan proses “fill and finish” (pengilangan produk pukal kepada produk siap) Pharmaniaga.

Berita berkaitan
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
9 jam lalu· Politik
PMX pertahan cadangan cagar akaun KWSP, tiada risiko besar
March 21, 2023· Isu semasa
Adakah Top Glove diarah juga kongsi keuntungan bantu penoreh? soal Tuan Ibrahim kepada PMX
March 21, 2023· Isu semasa
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023· Isu semasa
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Ringgit lebih rendah berbanding baht Thailand, rupiah Indonesia
March 16, 2023
Wan Saiful pertimbang representasi tuduhan rasuah kepada AGC
March 22, 2023
Mayat wanita dalam kereta hanyut semasa banjir ditemui di Mersing
March 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
AGC tak tahu jika Rohana pulangkan AS$10 juta terkait 1MDB
30 minit lalu · Isu semasa
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
58 minit lalu · Isu semasa
Hakim baharu ketuai kes Rosmah
1 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin ucap selamat berpuasa
19 jam lalu · Isu semasa
Umat Islam mula puasa esok
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
23 jam lalu
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok