Kerajaan akan jelaskan pindaan Perlembagaan kewarganegaraan, kata Anwar

November 6, 2023 · Isu semasa

Kerajaan akan memberi penerangan kepada Ahli Parlimen penyokongnya mengenai cadangan pindaan perlembagaan berhubung pemberian taraf kerakyatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ini kerana pindaan yang dicadangkan itu telah dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja, lapor Bernama.

“Ada had terhadap apa yang boleh kita lakukan. Selepas perbincangan, sebarang pindaan perlembagaan dalam isu kerakyatan perlu mendapat perkenan Majlis Raja-raja.

“Jadi Majlis Raja-raja akan mengambil pendirian tertentu mengenainya, dan kita perlu menghormatinya. Kita perlu menjelaskan kepada Ahli Parlimen penyokong kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Malaysia Digital Expo 2023 Grand Finale di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.

Sebelum ini beberapa Ahli Parlimen penyokong kerajaan termasuk Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee menerusi X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter) mendakwa ada pihak yang tidak senang dengan cadangan pindaan itu.

Kerajaan bercadang untuk membentangkan satu pindaan bertujuan menyelesaikan isu berhubung taraf kewarganegaraan bagi anak-anak dilahirkan oleh wanita warga Malaysia di luar negara, yang bersuamikan warga asing.

Sementara itu, ditanya idea Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul untuk memaparkan nama-nama Ahli Parlimen yang dengan sengaja tidak hadir persidangan dewan di laman web Dewan Rakyat supaya pengundi kawasan parlimen berkenaan maklum mengenainya, Anwar berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada budi bicara Speaker.

Anwar turut mengulangi ingatan kepada semua pihak agar tidak mempolitikkan konflik Israel-Palestin, kerana Malaysia telah mengambil beberapa ketetapan dalam soal berkenaan.

“Jangan sesekali cuba membina mahligai atas pusara. Satu ingatan kepada semua – buat kerja untuk cari derma dan cari bantuan. (Ada) Orang yang kerjanya sangat-sangat menyesatkan dari segi perkembangan politik, dia tidak buat apa, cari derma pun tiada, kerjanya hanya begitu sahaja (cerca),” katanya.

Perdana Menteri berkata Malaysia adalah antara negara paling cepat mendapat kelulusan bagi pesawat membawa sumbangan bantuan untuk mendarat, bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dapat disampaikan kepada rakyat Palestin di Gaza.

Beliau berkata ada perkara-perkara atau hal yang dilakukan oleh kerajaan, tidak boleh diumumkan atas sebab-sebab tertentu dan ia juga tidak wajar untuk dipolitikkan.

Semalam Perdana Menteri berkata pesawat Malaysia antara paling cepat sampai, diberi layanan untuk sampaikan bantuan kemanusiaan sumbangan Malaysia disebabkan hubungan baik negara dengan Mesir.

Sabtu lepas, pesawat kargo 9M-WCA yang membawa penghantaran pertama bantuan kemanusiaan sumbangan Malaysia untuk Palestin menerusi Ops Ihsan, telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Tentera El-Arish di Mesir, dan bantuan berupa 20 tan barangan perubatan, barangan bayi serta makanan itu diserahkan kepada wakil Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir untuk dibawa masuk ke Gaza melalui lintasan sempadan Rafah.

Berita berkaitan
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Anwar kata sudah ada calon Menteri KPDN
November 24, 2023· Politik
MP Gua Musang pula sokong Anwar, demi kebajikan rakyat terbela
November 8, 2023· Politik
Anwar akui pernah beri ucap tama dałam program LI, tegaskan PKR bukan ahli
November 7, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
18 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok