Keputusan henti tajaan perubatan, KKM mahu bincang dengan JPA

June 11, 2023 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) sedang berbincang semula dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung keputusan menghentikan tajaan bagi bidang pengajian perubatan, pergigian dan farmasi.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata keputusan yang dibuat berdasarkan kajian tahun 2019 itu perlu dikaji semula susulan beberapa perubahan baharu pasca-Covid-19.

“Kita juga telah berbincang di peringkat teratas untuk melihat dan mengkaji kembali keputusan dan kajian dibuat pada 2019 itu.

“Kita tahu bahawa sebenarnya ada perubahan, berlaku selepas pasca-Covid-19. Mungkin ada perkara-perkara baharu yang kita kena lihat balik daripada kajian tersebut yang mungkin melihat kepada polisi-polisi baharu.

“Apapun kita juga akan terus buat perbincangan dengan JPA tentang perkara ini dan memang perbincangan sedang dilakukan,” katanya selepas merasmikan program Tinjauan Global Terhadap Penggunaan Tembakau oleh Dewasa (GATS) di Port Dickson, hari ini.

Beliau turut melahirkan kebimbangan keputusan menarik balik tajaan itu bakal memberi kesan kepada minat pelajar sekolah untuk mengambil jurusan perubatan di peringkat pengajian tinggi.

“Perubatan kesihatan merupakan suatu keperluan penting dan setiap jabatan di dalam KKM memerlukan antara satu sama lain,” katanya.

Semalam media melaporkan kerajaan menghentikan tajaan JPA dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi namun bagi yang sedang menerimanya akan diteruskan sehingga 2027.

Menurut jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Armizan Mohd Ali berkata langkah tersebut diambil ekoran bekalan pegawai perubatan akan mengalami kebanjiran mulai tahun 2026 hingga 2030.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023· Isu semasa
Nyahsenarai cecair nikotin: MCTC saman menteri kesihatan, kerajaan
July 3, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Petunjuk ekonomi positif, IMF unjur pertumbuhan KDNK 6.5%
April 7, 2021
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
10 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok