Petunjuk ekonomi positif, IMF unjur pertumbuhan KDNK 6.5%

April 7, 2021 · Isu semasa

Prestasi ekonomi negara dijangka positif, ia juga disokong Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang dalam laporannya mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia tahun ini melantun kepada 6.5 peratus.

Dalam laporan World Economic Outlook (WEO), ekonomi negara juga diramal berkembang pada kadar 6.0 peratus menjelang 2022.

IMF menjangkakan kadar pengangguran negara akan turun kepada 3.8 peratus tahun ini sebelum jatuh lagi kepada 3.6 peratus pada 2022, berbanding 4.5 peratus semasa 2020.

Dalam Laporan Negaranya yang dikeluarkan pada bulan lepas, IMF mengunjurkan pertumbuhan Malaysia melantun semula kepada 6.5 peratus pada 2021, didorong oleh pemulihan kukuh dalam sektor pembuatan dan pembinaan termasuk kesan pelaksanaan vaksinasi pada Februari.

Sementara itu, IMF mengunjurkan ekonomi global akan berkembang 6.0 peratus pada 2021 dan menyederhana kepada 4.4 peratus menjelang 2022, selepas anggaran penguncupan sebanyak –3.3 peratus pada 2020.

“Penguncupan semasa 2020 adalah 1.1 mata peratusan lebih kecil daripada yang diunjurkan oleh WEO Oktober 2020, mencerminkan pertumbuhan yang lebih tinggi daripada jangkaan pada separuh kedua 2020 bagi kebanyakan wilayah selepas sekatan dilonggarkan.

“Unjuran bagi 2021 dan 2022 adalah 0.8 mata peratusan dan 0.2 mata peratusan yang lebih positif daripada ramalan sebelumnya, mencerminkan sokongan fiskal tambahan dalam beberapa ekonomi besar dan jangkaan pemulihan yang digerakkan oleh vaksinasi pada separuh kedua tahun ini,” katanya.

Pergerakan ini mencerminkan penyesuaian berterusan oleh semua sektor ekonomi terhadap persekitaran kesihatan yang mencabar.

Katanya, kekuatan unjuran pemulihan adalah berbeza-beza di seluruh negara, bergantung kepada tahap krisis kesihatan, kesan gangguan domestik kepada aktiviti (berkaitan kebergantungan negara terhadap sektor yang berintensifkan sentuhan), pendedahan kepada aktiviti rentas sempadan dan yang penting, keberkesanan sokongan dasar bagi mengimbangi kerosakan yang berterusan.

“Selepas 2022, pertumbuhan global diunjurkan sederhana kepada 3.3 peratus dalam jangka pertengahan. Kerosakan berterusan ke atas pembekalan merentasi ekonomi pasaran maju dan baru muncul termasuk pertumbuhan tenaga buruh yang lebih perlahan disebabkan penuaan penduduk (sebahagian besarnya dalam ekonomi maju serta beberapa ekonomi pasaran baru muncul) dan keperluan pengimbangan semula bagi pertumbuhan yang mampan di China, dijangka akan memberi kesan terhadap prospek pertumbuhan untuk ekonomi global dalam jangka sederhana.

“Tahap KDNK majoriti negara diunjurkan kekal baik di bawah aliran sebelum pandemik sehingga 2024,” tambahnya.

Menurut IMF lagi, untuk kumpulan serantau Asia Baru Muncul dan Membangun, unjuran bagi 2021 telah disemak semula sebanyak 0.6 mata peratusan, mencerminkan pemulihan yang lebih kukuh daripada yang dijangkakan selepas sekatan dilonggarkan dalam beberapa negara besar seperti India.

“Bagaimanapun, kes COVID-19 yang masih tinggi di beberapa negara pada suku pertama 2020: (seperti Indonesia dan Malaysia) masih menjadi penghalang kepada prospek pertumbuhan,” katanya.

Berita berkaitan
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Kejatuhan ‘rating’ Anwar juga disumbang kegagalan Rafizi, kata penganalisis
November 25, 2023· Politik
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Masalah kewangan, tekanan ekonomi punca pasangan muda bercerai
July 25, 2023
Tuah busana 7 Puteri Ulek Mayang
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
17 jam lalu · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
18 jam lalu · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok