Kempen PRN: Laporan polis banyak di Selangor, 15 tangkapan sudah dibuat

August 13, 2023 · Isu semasa

Laporan polis paling banyak diterima sepanjang dua minggu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah di Selangor dan 15 tangkapan sudah dibuat sejak 27 Julai hingga 12 Ogos.

Di Selangor sahaja, sebanyak 782 laporan polis diterima di Selangor dan jumlah keseluruhan adalah 1,951 laporan yang diterima, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Menurut Razarudin, 78 kertas siasatan dibuka di Selangor diikuti masing-masing 42 di Pulau Pinang dan Kedah, Terengganu (34), Negeri Sembilan (25) dan Kelantan (19).

“Dalam tempoh tersebut sebanyak 782 laporan diterima di Selangor, Terengganu (390), Kedah (293), Kelantan (265), Negeri Sembilan (135) dan Pulau Pinang (86).

“Seramai 15 individu telah ditahan iaitu sembilan di Kedah dan masing-masing dua di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, sebanyak 4,506 permit telah diluluskan PDRM dalam tempoh berkempen dengan Kedah mencatatkan angka tertinggi iaitu 976 permit diikuti Selangor (933), Kelantan (882), Terengganu (768), Negeri Sembilan (495) dan Pulau Pinang (452).

Mengulas mengenai kes yang dilaporkan di hari pengundian pada 12 Ogos, Razarudin berkata, sebanyak 111 kertas siasatan dibuka daripada 181 laporan yang diterima melibatkan pelbagai kesalahan.

Ujarnya, kesalahan membabitkan Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana menggunakan kad pengenalan orang lain merekodkan laporan tertinggi iaitu 94 kes.

“Selangor paling tinggi melibatkan salah guna kad pengenalan iaitu 48 kes diikuti Pulau Pinang (20), masing-masing sembilan di Kedah dan Terengganu, Negeri Sembilan (enam) dan Kelantan (dua),” katanya.

Antara kesalahan lain yang dilaporkan adalah khianat bendera, mempamer logo politik, menghalang penjawat awam dan perhimpunan menyalahi undang-undang.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Tak jawab tuduhan, tapi PM baharu saman MP Kuala Terengganu pula
December 22, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
30 minit lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
35 minit lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok