Juri Mahkamah Persekutuan AS lihat resit Rosmah beli berlian AS$23 juta

March 24, 2022 · Isu semasa

Juri Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) dalam perbicaraan bekas jurubank Goldman Sachs, Roger Ng, akhirnya melihat bukti kukuh tentang barang kemas yang dibeli dengan wang yang didakwa diseleweng dalam skandal rasuah melibatkan berbilion-bilion ringgit dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, juri tidak dapat melihat kalung sebenar bernilai AS$23 juta dengan berlian merah jambu yang cukup besar yang dicipta oleh tukang emas berprestij New York, Lorraine Schwartz untuk isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak – Datin Seri Rosmah Mansor.

Mereka juga tidak ditunjukkan gambar rantai dan berlian merah jambu itu, ketika perbicaraan pada Rabu, sebaliknya hanya melihat invois.

Schwartz secara peribadi menghantar rantai itu kepada Rosmah semasa tinggal di atas kapal layar di Monaco, yang turut disertai ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low.

Di Mahkamah Persekutuan Brooklyn, New York, di mana pihak pendakwa sedang menggulung kes terhadap Ng, mereka menunjukkan kepada juri bagaimana berbilion-bilion dolar dialihkan daripada tiga transaksi bon 1MDB bernilai AS$6.5 bilion oleh Jho Low, dan digunakan untuk membeli barangan mewah.

Low juga dituduh mengalihkan dana daripada 1MDB kepada anak tiri Najib, Riza Aziz, yang merupakan rakannya, untuk membantu menghasilkan filem boxoffice, The Wolf of Wall Street.

Memberitahu mengenai seutas rantai berlian 22 karat, Schwartz seorang tukang emas berprestij di New York memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia memperoleh perjanjian bernilai AS$23 juta untuk menjual barang kemas itu kepada Rosmah.

Memetik Bloomberg Schwartz dihubungi oleh Jho Low pada Jun 2013 untuk menghasilkan seutas “rantai berlian merah jambu dengan permata berbentuk hati”.

Tetapi semasa Rosmah meminta berlian 18 karat, “Schwartz berkata dia hanya mempunyai berlian merah jambu 22 karat,” dan perjanjian AS$23 juta telah dicapai untuk berlian yang lebih besar itu.

Schwartz kemudiannya menghantar sendiri kalung itu kepada Rosmah semasa dia tinggal di atas kapal layar dengan Low di luar pantai Monaco, menurut rekod.

Rekod juga menunjukkan Rosmah kemudian membeli tambahan AS$1.3 juta barang kemas daripada Schwartz pada 2014.

Bukti yang dikemukakan oleh Schwartz bercanggah dengan dakwaan Najib Razak pada 2018 bahawa berlian merah jambu itu adalah hadiah daripada Sheikh Mansour Zayed dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) ketika diwawancara Al Jazeera dalam program “101 East”.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Luluh hati Chef Wan anak kahwin di Siam
April 10, 2021
RM155 juta dilesapkan Macau Scam
June 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
9 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok