Jangan bunuh potensi anak-anak terlalu awal, nasihat Radzi Jidin

September 17, 2022 · Isu semasa

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin mengingatkan ibu bapa supaya tidak terlalu awal membunuh potensi anak-anak dalam apa juga bidang akademik dan kemahiran.

Ini disebabkan setiap seorang daripada anak-anak kita, terutama yang masih bersekolah, mempunyai kekuatan masing-masing, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau memberi nasihat itu setelah hadir bersama lebih 200 pelajar sekolah menonton filem ‘Anak Rimau The Movie’ yang mengisahkan bakat murid dalam bola sepak di sebuah akademi, kelmarin.

Filem ini katanya menceritakan tentang kehidupan sekumpulan anak-anak murid yang berbakat dalam bola sepak di sebuah akademi, dan beliau tersentuh dengan beberapa babak dalam filem berkenaan.

“Yang pertama sekali apabila kapten pasukan, nama dia Arif menceritakan bagaimana sewaktu di sekolah rendah, Arif merasakan seolah-olah dia ini tidak dihargai oleh sesiapa.

“Kerana dia bukanlah seorang murid yang pandai dan gurunya tidak pandang kebolehan arif sehinggakan bapanya sendiri mengatakan Arif ini tidak ada masa depan

“Dan perkara sebegini sebenarnya memberi kesan kepada anak-anak kita di mana sahaja apabila dia merasakan bahawa mereka seolah-olah tidak ada nilai di sekolah. Mereka mula menjauhkan diri dengan sekolah,” katanya lagi.

Sebab itu, Dr Radzi berkata Kementerian Pendidikan sentiasa mengingatkan bahawa kita tidak boleh membunuh potensi anak-anak terlalu awal.

“Kerana apa? Setiap seorang daripada anak-anak kita ini mempunyai kekuatan masing-masing.

“Pada anak-anak di luar sana, jangan merasa diri ini kecil. Percayalah. Setiap daripada anak-anak ini ada kekuatan masing-masing. Tak pandai bidang akademik, tak pandai bidang mata pelajaran tertentu, pastinya ada kekuatan lain dalam diri sendiri,” katanya.

Dr Radzi berkata dengan usaha gigih bukan sahaja pelajar akan berjaya dalam bidang yang ada kekuatan diri, tetapi dalam bidang akademik juga boleh terus melonjak ke hadapan.

“Apa yang paling penting kita jangan membunuh potensi anak-anak terlalu awal. Saya doakan yang terbaik untuk anak-anak sekalian. Insya-Allah sama-sama kita buat yang terbaik untuk generasi pewaris negara kita,” katanya.

Berita berkaitan
Khairuddin mual, loya tonton filem Anwar
May 19, 2023· Isu semasa
Finas dan SKMM akan ambil tindakan terhadap produksi Mentega Terbang: Fahmi
March 5, 2023· Isu semasa
Kerajaan stabil tapi tak bersih tidak diperlukan, kata Radzi
November 7, 2022· Politik
Filem Mat Kilau bakal jadi biopik terhebat alaf ini
June 25, 2022· Isu semasa
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
4 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
24 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
24 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok