Isu kalimah Allah : MAIS tak setuju kerajaan tarik balik rayuan

May 17, 2023 · Isu semasa

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan BN-PH dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, Isnin lalu melibatkan isu kalimah Allah.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menegaskan kes itu bukan soal isu pentadbiran dan keselamatan tetapi turut melibatkan akidah orang Islam serta pentadbiran agama Islam yang berada di bawah bidang kuasa raja sebagai ketua agama negeri.

“Sebelum ini dalam kes rayuan tersebut, pihak MAIS dan dua lagi Majlis Agama Islam Negeri telah dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan untuk hadir dalam kes rayuan ini sebagai amicus curae (sahabat mahkamah).

“Bagaimanapun, MAIS merasa terkilan dan kesal dengan tindakan unilateral pihak kerajaan yang menarik balik rayuan ini tanpa berunding dengan MAIS dan pihak-pihak lain terlibat yang mempunyai kepentingan dalam kes rayuan ini. MAIS sebagai pihak berkuasa agama berkaitan pentadbiran agama Islam bertanggungjawab untuk melindungi akidah umat Islam di Selangor.

“MAIS berpegang teguh dan menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertarikh 23 Mac 2021 melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian di negeri Selangor,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Isnin lalu, Kerajaan Malaysia dan KDN menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 2021 yang membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang penganut agama Kristian dari Sarawak, Jill Ireland untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam pembelajaran agamanya.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata MAIS berpegang teguh dan menjunjung titah Sultan Selangor pada 23 Mac 2021 yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan berkaitan agaa Kristian di negeri itu.

Katanya lagi, penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Selangor merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam (Pengawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang berkuat kuasa di Negeri Selangor dan juga menyalahi fatwa yang diwartakan di Negeri Selangor pada 18 Februari 2010.

Sehubungan itu, Abdul Aziz berkata pihaknya berpandangan demi kepentingan awam, proses rayuan dalam kes melibatkan penggunaan kalimah Allah ini wajar diteruskan bagi membolehkan mahkamah di peringkat tertinggi di negara ini memutuskan isu ini secara muktamad yang boleh menjadi panduan kepada semua pihak yang terlibat dalam isu penggunaan kalimah Allah.

“MAIS menyeru kepada semua pihak termasuk ahli politik untuk menghormati kedudukan Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Negeri serta mengambil kira dan merujuk kepada Enakmen Ugama Bukan Islam (Pengawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang berkuat kuasa di negeri Selangor sebelum membuat apa-apa dasar atau keputusan.

“Ini untuk memastikan dasar atau keputusan yang dibuat tidak mencabar kedudukan Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Negeri dan sejajar dengan kedudukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa di Selangor,” katanya.

Berita berkaitan
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
7 jam lalu· Isu semasa
Khutbah Jumaat Selangor: Kalimah Allah hanya untuk penganut Islam, bukan untuk agama lain
May 26, 2023· Isu semasa
Kalimah Allah : Takiyuddin jumpa AG, dakwa kenyataan Anwar ‘jawapan politik’
May 23, 2023· Isu semasa
Pelawa PAS berdamai, tanda kerajaan perpaduan gagal raih sokongan Melayu
May 23, 2023· Politik
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri akui bekalan air di Sabah kritikal
47 minit lalu · Isu semasa
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
2 jam lalu · Isu semasa
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
3 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
June 1, 2023
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok