Istana Negara sahkan Agong berangkat ke lawatan rasmi di London 10-16 Okt

October 9, 2022 · Isu semasa

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bersama Raja Permaisuri berkenan berangkat ke London bagi mengadakan lawatan khas bermula 10 sehingga 16 Oktober ini.

Istana Negara dalam satu kenyataan mengesahkan lawatan Sultan Abdullah tersebut dan dijadualkan akan bertemu dengan Raja Britain,  Raja Charles III, di Istana Buckingham, London pada 12 Oktober 2022.

“Seri Paduka Baginda berdua, dalam rangka lawatan khas ini, dijadualkan berangkat melakukan kunjungan hormat ke atas Baginda Raja Britain, Baginda Raja Charles III, di Istana Buckingham, London pada 12 Oktober 2022.

“Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua melakukan kunjungan hormat ini mencerminkan keakraban Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan Baginda Raja Charles III,” kata kenyataan dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin hari ini.

Selain itu, baginda pada hari yang sama Seri Paduka Baginda berdua turut dijadualkan berangkat menyempurnakan majlis perasmian Stesen Janakuasa Battersea, projek hartanah ikonik pelaburan Malaysia di London berkeluasan 16.99 hektar.

“Stesen Janakuasa Battersea adalah projek hartanah membabitkan usaha sama antara Sime Darby Property, SP Setia Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Permodalan Nasional Berhad sejak tahun 2012 dengan nilai pembangunan kasar sebanyak sembilan bilion pound (RM51.53 bilion),” kata kenyataan itu lagi.

Menurut kenyataan dikeluarkan itu, Baginda berdua dijadualkan mengakhiri Lawatan Khas ini dan berangkat pulang ke tanah air pada 16 Oktober 2022.

“Dari segi hubungan dua hala, United Kingdom merupakan rakan dagang ke-18 terbesar bagi Malaysia pada tahun 2021 dengan jumlah dagangan direkodkan di antara kedua negara sebanyak RM17.17 bilion, peningkatan sebanyak 2.9 peratus berbanding tahun 2020.

“Nilai eksport Malaysia ke United Kingdom pada tahun lalu juga telah direkodkan sebanyak RM9.78 bilion, manakala nilai import dari United Kingdom sebanyak RM7.39 bilion,” kata kenyataan itu lagi.

Berita berkaitan
Anwar kata lawatan ke UAE berjaya, sangat bangga
October 7, 2023· Isu semasa
Tiada liputan PMX berlepas ke UAE oleh media arus perdana?
October 5, 2023· Politik
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
October 3, 2023· Isu semasa
Agong dan Permaisuri selamat tiba dari tanah suci, jemput Putera Arab Saudi ke Malaysia
July 2, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
Ketua Pengarah KPPA sah ditamatkan khidmat, kata Zuki
December 13, 2022
47 kematian, kes aktif naik semula
November 24, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
18 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok