Insiden Lamborghini: Pengawal peribadi, wanita ditampar didenda

May 31, 2022 · Isu semasa

Pengawal peribadi dan wanita yang ditamparnya dalam insiden kekecohan konvoi Lamborghini di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) di Johor bulan lalu, masing-masing didenda RM2,000 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda.

Pengawal peribadi terbabit mengaku bersalah menampar wanita berkenaan, manakala wanita itu yang memandu pacuan empat roda turut mengaku kesalahannya ketika prosiding di Mahkamah Majistret Kulai, hari ini.

Nor Razman didakwa sengaja menyebabkan kecederaan kepada Lee Jia Min, 28, dengan menampar muka wanita itu, di Kilometer 36.6 PLUS arah selatan, kira-kira jam 6.10 petang, pada 18 Mac lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Jia Min yang juga peniaga ayam sejuk beku dari Yong Peng pula dituduh gagal mengawal pacuan empat roda yang dipandu hingga mengakibatkan kemalangan bertentangan dengan Kaedah 10 LN 166/59, yang dilakukan pada waktu dan lokasi sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang membawa hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Eddlyn Wong. Nor Razman diwakili Mohd Azlan Shah Mohd Allias, manakala Jia Min pula diwakili, Tan Cheng Yee.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran ke atas kedua-dua kes berkenaan berikutan ia mendapat perhatian masyarakat negara ini selepas tular di media sosial.

“Dalam kes Nor Razman, Orang Kena Saman (OKS) didapati telah secara nekad mendatangkan kecederaan dengan menampar pipi kanan Jia Min dan dia turut mengaku atas kesalahan itu.

“Tindakan OKS ini seperti menunjukkan kepada masyarakat keganasan adalah jalan penyelesaian terhadap pertelingkahan di jalan raya. Malah minggu lalu, turut dilaporkan pendakwaan seorang penunggang motosikal yang menumbuk warga emas berkaitan kes yang hampir sama, yang berlaku di jalan raya.

“Oleh itu, saya mohon mahkamah berikan hukuman setimpal sebagai iktibar kepada masyarakat,” katanya menurut laporan BH.

Sebelum menjatuhkan hukuman kepada Nor Razman, Majistret Sharifah Maleeha Syed Hussin turut bertanya kepada OKS mengapa dia mengambil tindakan menampar pemandu wanita berkenaan.

Nor Razman memaklumkan dia juga tidak tahu mengapa dia boleh mengambil tindakan sebegitu.

“Ketika kejadian, majikan yang memandu kereta Lamborghini itu dan saya duduk di sebelahnya sebelum berlaku kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda.

“Berlaku sedikit provokasi dan ketegangan selepas kereta mewah dipandu majikan terbabit kemalangan menyebabkan saya menampar pemandu pacuan empat roda itu.

“Saya bertugas sebagai pengawal keselamatan majikan, jika bukan saya yang tampar, mungkin majikan ambil tindakan yang sama terhadap wanita itu,” katanya.

Bagaimanapun, majistret menasihatkan tertuduh supaya tidak sesekali mengambil tindakan sendiri mendahului undang-undang.

“Walau apa jua yang berlaku, negara ada undang-undang dan kamu sepatutnya merujuk kepada undang-undang dengan membuat laporan polis jika wujud sebarang ketidakpuasan hati.

“Bukannya kamu ambil tindakan sendiri apatah lagi pada masa ini banyak mata-mata memerhati dan kamera yang merakam. Tindakan mengikut emosi hanya merugikan masa depan kamu, apatah lagi kesalahan ini akan berada dalam rekod kamu dan menjadi rujukan jika kamu mahu memohon kerja di tempat lain nanti.

“Sebelum bertindak fikir dahulu, jangan ikut emosi,” katanya.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
9 jam lalu· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Petunjuk ekonomi positif, IMF unjur pertumbuhan KDNK 6.5%
April 7, 2021
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok