Ibu tunggal didenda RM8,000 buat hantaran jelik solat sunat hajat

August 12, 2022 · Isu semasa

Seorang ibu tunggal didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini kerana membuat penghantaran komunikasi jelik berhubung majlis solat hajat berkaitan Covid-19 di Facebook miliknya, dua tahun lepas.

Hakim Nor Hasniah Ab Razak menjatuhkan hukuman itu ke atas Hong Jia Ming, 34, selaku orang kena saman (OKS) selepas wanita itu mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Mahkamah turut memerintahkan perunding di sebuah syarikat swasta itu menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Wanita itu membayar denda berkenaan.

Sebelum dijatuhkan hukuman, Hong memohon maaf kepada mahkamah atas perbuatannya yang menyinggung perasaan orang lain.

Mengikut pertuduhan, Hong didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat jelik berkenaan menggunakan akaun Facebook “Joyceanne Hong” dengan niat untuk menyakiti hati orang lain pada 9.22 malam, 12 Mac 2020.

Hantaran itu kemudian dibaca di Masjid Muadz Bin Jabal, Wangsa Maju di sini pada 12.41 tengah hari pada 13 Mac 2020.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara yang boleh sampai setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada OKS termasuk orang awam supaya tidak membuat sebarang hantaran di media sosial yang boleh mengganggu keharmonian dan perpaduan negara.

“Walaupun hantaran itu di ‘Facebook Story’, ia tetap kekal berada dalam akaun media sosial tersebut seperti bahagian kotak undian ‘So stupid’ atau ‘Support them’ telah mendapat sambutan dalam kalangan kawan-kawan di Facebook OKS,” katanya.

Beliau berkata hantaran itu telah tular di kumpulan WhatsApp bekas syarikat wanita berkenaan dan telah dimuat naik oleh OKS yang mencabuli hak kebebasan bersuara seperti mana yang diperuntukkan setiap individu warganegara Malaysia.

Peguam Haijan Omar yang mewakili Hong memohon supaya anak guamnya dikenakan bon berkelakuan baik atau hukuman denda minimum dengan mengambil kira wanita itu menanggung seorang anak lelaki berumur sembilan tahun, selain mempunyai masalah sakit jantung. – Bernama

Berita berkaitan
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
20 jam lalu· Politik
Penipuan tuntutan dana MITRA, perunding perniagaan didakwa
September 27, 2023· Isu semasa
Permohonan Najib ketepi injunksi saman 1MDB beku aset RM681 juta ditolak
September 27, 2023· Isu semasa
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
September 27, 2023· Politik
Popular
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
September 30, 2023
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Mat Sabu cadang premis kerajaan guna beras import bersubsidi
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Suspek tikam isteri ditahan reman tujuh hari
2 minit lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
4 minit lalu · Isu semasa
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
20 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
20 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
23 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok