Hanya dua negeri sahaja lagi masih banjir, 705 mangsa kekal di 2 PPS

December 29, 2022 · Isu semasa

Hanya tinggal 705 mangsa banjir daripada 125 keluarga di Sabah dan Terengganu yang masih berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga jam 4 pagi tadi (29 Disember 2022).

Menurut data Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang dikeluarkan pagi ini, 652 mangsa banjir daripada 113 keluarga dari Sandakan, Sabah masih ditempatkan di sebuah PPS.

Manakala, seramai 53 mangsa daripada 12 keluarga di Besut, Terengganu juga masih ditempatkan di sebuah PPS.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam maklumat terkini sehingga jam 5 pagi tadi memaklumkan tiada sungai yang mencatat bacaan melebihi paras bahaya.

Bagaimanapun, hanya Sungai Anak Bukit di stesen bacaan di Jambatan TAR di Kedah yang mencatat bacaan melebihi paras amaran iaitu 1.58 meter berbanding 1.30 meter paras normal.

Menurut NADMA, Jabatan Meteorologi Malaysia setakat jam 4 pagi tadi tidak mengeluarkan sebarang amaran cuaca.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
4 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok