Haji 2021 hanya untuk rakyat, individu tinggal di Arab Saudi sahaja

June 12, 2021 · Isu semasa

Kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan ibadah haji tahun ini hanya untuk 60,000 rakyatnya serta warga asing yang menetap di negara itu, kata Kementerian Kesihatan serta Kementerian Haji dan Wakaf Arab Saudi.

Keputusan itu dibuat susulan pandemik Covid-19 yang terus melanda Arab Saudi.

Dalam kenyataan hari ini Arab Saudi juga menegaskan mereka yang ingin menunaikan haji bermula pertengahan Julai depan mesti bebas daripada penyakit kronik, Covid-19, dan berusia antara 18 hingga 65 tahun bagi mereka yang diberi vaksin sesuai dengan langkah vaksinasi kerajaan.

Jemaah haji harus mengambil suntikan vaksin sepenuhnya, atau mereka yang mengambil satu dos vaksin Covid-19 sekurang-kurangnya 14 hari sebelumnya, atau mereka yang diberi vaksin setelah pulih daripada jangkitan Covid-19.

Keputusan itu didasarkan kepada kesungguhan Riyadh untuk memastikan tetamu dan pengunjung Masjidil Haram dan Masjid Nabawi melakukan ibadah Haji dan Umrah, dengan mengutamakan kesihatan dan keselamatan jemaah,” kata kementerian itu.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata keputusan Arab Saudi itu susulan situasi semasa pandemik Covid-19 di seluruh dunia.

Katanya, keputusan Kerajaan Arab Saudi itu dimaklumkan Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Abdelfattah Sulaiman Mashat menerusi panggilan telefon kepadanya.

“Makluman yang sama telah diterima oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammudin Hussein daripada rakan sejawatnya, Putera Faisal bin Farhan Al Saud. Kenyataan rasmi oleh Kerajaan Arab Saudi juga telah dikeluarkan tepat pukul 6.10 petang sebentar tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkifli berkata, justeru, beliau mewakili Kerajaan Malaysia ingin menyatakan bahawa Malaysia tidak akan menghantar jemaah haji bagi Musim Haji 1442H sebagai akur serta menghormati keputusan Kerajaan Arab Saudi itu.

Bagaimanapun, beliau akan memastikan segala urusan rakyat Malaysia yang telah berada di sana dan terpilih untuk melaksanakan ibadah Haji bagi Musim Haji 1442H diuruskan dengan sebaiknya oleh Lembaga Tabung Haji, selaras dengan Prosedur Standard Operasi (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Pada masa sama beliau memohon maaf kepada semua bakal jemaah haji yang amat cinta dan rindukan dua Tanah Suci kerana terpaksa menangguhkan ibadah Haji pada tahun ini.

Berita berkaitan
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023· Dunia
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023· Isu semasa
Tular kenyataan palsu, PAS kata lawan ketandusan idea
August 1, 2023· Politik
Agong zahir penghargaan Malaysia semasa bertemu Putera Arab Saudi
July 2, 2023· Isu semasa
Popular
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok