Gagal bayar ganti rugi RM200 ribu, Sajat dikenakan notis bankrap

July 30, 2021 · Isu semasa

Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali Sajat yang sedang diburu dikenakan notis kebankrapan Mahkamah Tinggi Shah Alam, ia selepas gagal membayar ganti rugi RM200,000 kepada bekas stokis utama iaitu OWA Resources.

Mahkamah Rayuan pada April lalu memutuskan Sajat perlu membayar ganti rugi tersebut dan kos guaman sebanyak RM5,000 kepada plaintif, usahawan Nurwati Hussin iaitu pengasas OWA Resources.

Notis tersebut dibenarkan untuk diserah secara penyampaian ganti melalui notis iklan dan penampalan.

Peguam utama OWA Resources, Nurul Hafidzah Hassan berkata, ini berikutan kegagalan Sajat terbabit membayar penghakiman sebanyak RM200,000 kepada bekas stokis utama iaitu OWA Resources.

“Dua plaintif dari OWA Resources iaitu Nurwati Hussin, 41, dan Mohammed Syakir Hussin, 32, berkata, notis berkenaan sudah dibuat minggu ini namun pihaknya belum menerima sebarang afidavit membantah notis kebankrapan itu oleh pihak Muhammad Sajjad.

“Pihak anak guam tidak dapat menjejaki lokasi sebenar defendan. Oleh itu, kami mendapatkan kebenaran mahkamah untuk menyerahkan notis secara iklan, menampal notis di mahkamah dan di depan rumah defendan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nurul Hafidzah berkata, pada tahun lalu, anak guamnya berjaya membekukan akaun bank defendan tetapi hanya dapat memperoleh RM5,000 iaitu baki terkini dari akaun terbabit.

“Ini dilakukan melalui tindakan garnisi terhadap kesemua akaun defendan. Berikutan kegagalan defendan membayar penghakiman mahkamah, anak guam tiada pilihan lain melainkan membankrapkan defendan,” katanya.

Nurul Hafidzah berkata, mengikut penghakiman Mahkamah Rayuan, Muhammad Sajjad gagal dalam rayuannya bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkan usahawan itu membayar ganti rugi sebanyak hampir RM200,000 kepada OWA Resources.

“Difahamkan, pihak Muhammad Sajjad ada membuat cadangan awal bulan ini untuk membayar ganti rugi itu secara ansuran sebanyak RM3,000 sebulan sehingga selesai pembayaran penuh tetapi pihak plaintif tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan,” katanya.

Berdasarkan notis berkenaan, Muhammad Sajjad perlu membayar RM113,327 dengan lima peratus kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 13 September 2018 (tarikh pemfailan writ saman) sehingga 3 Mac 2021 (tarikh notis kebankrapan) serta kos mahkamah sebanyak RM70,000 dan setakat 3 Mac 2021 jumlah itu menjadi RM197,329.87.

Akta Insolvensi 1967 membenarkan prosiding kebankrapan dimulakan ke atas mana-mana individu yang gagal membayar penghakiman melebihi RM100,000.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok