Ericsson perjelas kontrak 5G diperoleh atas merit

March 4, 2022 · Isu semasa

Ericsson menegaskan bahawa kontrak 5G dengan Digital Nasional Bhd (DNB) diperoleh secara adil, berdasarkan penyelesaian utama dan kompetitif.

Syarikat gergasi telekomunikasi multinasional dari Sweden itu berkata pihaknya komited untuk memastikan rangkaian DNB menjadi wadah yang terbaik bahawa 5G dapat dilaksanakan di rantau ini, menurut laporan Bernama.

Kontrak 5G, menurut DNB pada Julai 2021, telah diberikan mengikut standard tadbir urus yang paling ketat berdasarkan nasihat EY Consulting, menurut Ericsson dalam kenyataan di sini hari ini.

DNB menyatakan tawaran Ericsson dinilai sebagai yang paling kompetitif berikutan mendapat penilaian tertinggi dalam ketiga-tiga komponen utama untuk kriteria penilaian tender.

Ia termasuk tiga komponen, termasuk aspek teknikal merangkumi seluruh keupayaan teknologi 5G; keupayaan penggunaan 5G; pendekatan integrasi; keselamatan siber dan rangkaian serta operasi dan penyelenggaraan.

Kedua ialah komersial yang meliputi cadangan pembiayaan dan jumlah kos pemilikan serta ketiga, komponen sosioekonomi yang meliputi pembangunan tempatan dan impak sosioekonomi yang positif.

Ericsson berkata pihaknya komited untuk menjalankan perniagaan dengan integriti dan menafikan sebarang dakwaan bahawa kontrak dengan DNB diraih atas alasan lain selain daripada merit, berdasarkan kriteria yang dinyatakan di atas.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas Ahli Parlimen PH Lembah Pantai Fahmi Fadzil menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kerjasama antara DNB dan Ericsson, menyatakan bahawa berdasarkan laporan berita, syarikat telekomunikasi itu didakwa melanggar pakatan dan mempunyai isu pematuhan dalam perjanjian di Iraq pada 2019.

Beliau berkata dalam laporan itu, Ericsson didakwa oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) melanggar syarat perjanjian pada 2019 dengan pendakwa raya dengan gagal mendedahkan salah laku dan kegagalan pematuhan di Iraq.

Ericsson berkata pihaknya akan memberikan pengalaman 5G bertaraf dunia melalui kerjasama dengan DNB, membawa kesalinghubungan yang cepat dan dipercayai kepada orang ramai dan perniagaan, yang akan mempercepatkan transformasi digital negara dan membolehkan Malaysia menerima pakai Industri 4.0.

Ericsson berkata syarikat telah dinamakan sebagai Leader in the 2022 Gartner® Magic Quadrant™ untuk laporan 5G Network Infrastructure for Communications Service Providers, untuk tahun kedua berturut-turut dan berada pada kedudukan tertinggi bagi Keupayaannya untuk Melaksanakan.

Vendor infrastruktur rangkaian 5G yang menyeluruh dinilai mengenai cara mereka menjayakan prestasi penyedia IT menjadi kompetitif, cekap dan berkesan serta memberi impak positif kepada pendapatan, pengekalan dan reputasi dalam pandangan Gartner terhadap pasaran.

Penilaian Keupayaan untuk Melaksanakan termasuk produk dan perkhidmatan Ericsson, operasi, pelaksanaan jualan dan harga, responsif pasaran dan rekod prestasi, pelaksanaan pemasaran, pengalaman pelanggan dan daya maju secara keseluruhan, menurut syarikat telekomunikasi itu.

Itu merupakan elemen yang dinyatakan oleh Ericsson menyumbang kepada pemberian kontrak oleh DNB untuk menyediakan rangkaian 5G di seluruh Malaysia.

Ini adalah bukti kepada keupayaan dan kerjasama kukuh pasukan Ericsson dan DNB atas alasan bahawa 5G telah dilancarkan di Malaysia dalam tempoh kurang daripada enam bulan kontrak itu diberikan.

Dengan pelancaran yang dilaksanakan pada kadar yang cepat, 5G kini boleh didapati di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur, menurut Ericsson.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Projek HSR: Saman terhadap empat tokoh politik dibatalkan mahkamah
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
10 peraturan kekal terpakai dalam fasa endemik mulai 1 April
March 9, 2022
Terdapat syarikat tandatangan MoU di China tiada rekod prestasi: Johari
May 22, 2023
RUU rokok: Bung nak buka rahsia KJ
June 7, 2023
Dua anggota tentera maut dihempap pokok ketika operasi di Gerik
July 11, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok