Enam maut, lima cedera nahas kereta di Jalan Mersing-Kluang

January 23, 2023 · Isu semasa

Dua kanak-kanak adalah antara enam yang meninggal dunia, manakala lima lagi cedera dalam nahas membabitkan dua kereta di Batu 13 Jalan Mersing-Kluang, dekat Kluang, petang semalam (22 Januari 2023).

Nahas berlaku kira-kira jam 4.40 petang ketika Perodua Myvi dinaiki lapan individu dalam perjalanan dari arah Kluang ke Kahang untuk berkelah di pantai Air Papan Mersing.

Lima daripada disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi ketika mendapatkan rawatan di Zon Merah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, di Kluang, malam tadi.

Mangsa ialah Masrina Kahdar, 21; Muhammad Zharfah Noramin, 16; Muhammad Syakir Noramin, 11; Mohammad Ashraf Radiq Abdullah, 11 dan Muhammad Adil Abdul Kadir, 23, manakala Siti Nurzannah Kahdar, 25, meninggal ketika dirawat di hospital.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Shamsul Amri Mohd Shahab berkata mayat semua lima mangsa terbabit kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Tiga lagi yang cedera dalam Perodua Myvi itu membabitkan dua dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Turut cedera pemandu dan dua penumpang di dalam sebuah lagi kenderaan terbabit kemalangan iaitu Honda Stream, termasuk kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebuah jentera dengan sembilan anggota dikejarkan ke lokasi bersama EMRS sejurus menerima panggilan.

“Tindakan operasi diambil untuk membantu mengeluarkan seorang mangsa di dalam Honda Stream menggunakan peralatan khas penyelamatan. Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kluang menggunakan jentera EMRS untuk rawatan lanjut.

“Mangsa lain bagaimanapun dikeluarkan dengan bantuan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi,” katanya.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
ADUN Kota Seputeh terlibat kemalangan dekat Arau
December 13, 2023· Isu semasa
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Pembela bantah Kerajaan Madani tarik balik rayuan kes kalimah Allah
May 15, 2023
Pihak berkuasa batal ubat tradisional mengandungi racun berjadual
June 5, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Bekas Menteri Agama tuntut penjelasan kerajaan tarik balik rayuan kalimah Allah
May 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok