Dulu Anwar desak serap 10,500 doktor kontrak, kini bagaimana?

February 26, 2023 · Isu semasa

Hartal Doktor Kontrak (HDK) berkata RM36.3 bilion yang diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dalam Bajet 2023 menunjukkan komitmen kerajaan terhadap penjagaan kesihatan, tetapi langkah penting masih memerlukan penjelasan lanjut.

Antara lain, HDK berkata mesti ada penjelasan jelas berhubung dana untuk kementerian membayar 1,500 pegawai perubatan.

“RM3 bilion untuk pengambilan, ia tidak menyatakan berapa ramai daripada 1,500 itu adalah tetap atau kontrak,” kata jurucakap HDK yang mewakili doktor kontrak itu.

“Pengumuman yang lebih telus amat diperlukan.”

Ketika perbahasan Belanjawan 2022 pada 9 November 2021 lalu, Ketua Pembangkang ketika itu Datuk Seri Anwar brahim, menegaskan perlunya 10,500 doktor kontrak diserapkan sebagai kakitangan tetap memandangkan jasa dan pengorbanan mereka sewaktu Covid-19 dan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan.

“Saya mengalu-alukan ada keputusan dan kesungguhan untuk pelaksanaan. Cuma saya katakan di sini seluruh perisytiharan darurat dan belanjawan adalah terkait Covid 19. Belanjawan yang kita luluskan, termasuk belanjawan khas dan tambahan Covid itu mencecah puluhan bilion ringgit.

“Kelompok ini adalah kelompok barisan hadapan, keluhan mereka berlarutan. Sebab itu kita mendesak kerajaan supaya memberikan keadilan kepada mereka. Melantik mereka secara tetap dan implikasi kewangan itu saya tidak fikir menjadi satu alasan munasabah kerana ketirisan dan kebocoran dan perbelanjaan yang tidak berfaedah masih berterusan,” kata Anwar yang kini Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Jurucakap itu juga menegaskan bahawa walaupun terdapat peningkatan, pembiayaan penjagaan kesihatan Malaysia masih di bawah lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang telah disyorkan bagi memenuhi keperluan negara secara mampan.

“Bajet yang diperuntukkan untuk penjagaan kesihatan terlalu sedikit berbanding negara maju yang meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan,” kata jurucakap HDK, memetik laporan Malay Mail.

Namun, beliau berkata kumpulan itu berharap peningkatan dana akan membantu mengurangkan kesesakan di hospital awam, dengan mengatakan bahawa kemudahan dan pekerja penjagaan kesihatan sedang diperluaskan ke had mereka.

Beliau juga melahirkan rasa terima kasih HDK atas faedah lain berkaitan kesihatan dalam Bajet 2023, seperti peningkatan pelepasan cukai untuk rawatan perubatan kepada RM10,000 setiap tahun.

Secara berasingan, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) juga menggesa kerajaan untuk memberikan butiran mengenai pengambilan kakitangan KKM yang dinyatakan dalam Bajet 2023.

“Jumlah perjawatan baharu (tetap dan kontrak) yang akan diwujudkan memang meleset daripada jangkaan kami memandangkan terdapat kekurangan tenaga kerja dan bilangan doktor kontrak yang tinggi dalam sistem kesihatan.

“Perlu penjelasan lebih lanjut mengenai 1,500 jawatan yang telah diperuntukkan untuk pegawai perubatan, pegawai pergigian dan ahli farmasi.

“Perlu diingat bahawa walaupun bajet tahun ini lebih tinggi daripada tahun lepas, wabak (Covid-19) kini terkawal dengan baik. Oleh itu kami percaya lebih banyak dana harus tersedia untuk digunakan,” kata MMA dalam satu kenyataan.

MMA juga meminta penjelasan mengenai peruntukan untuk membaiki dan menaik taraf kemudahan penjagaan kesihatan awam.

“Bagaimanapun, kita berharap akan wujud ketelusan dalam perbelanjaan bagi tujuan ini dan tindakan susulan bagi memastikan ia dilaksanakan dengan baik.

“Kami berharap akan ada pecahan yang disediakan mengenai peruntukan bagi setiap kemudahan penjagaan kesihatan dan garis masa untuk unjuran siap. Butiran ini harus diletakkan di domain awam,” kata MMA.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023· Isu semasa
Pendapatan sejuta tapi dapat subsidi Tabung Haji, kata Anwar
October 17, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Malaysia isytihar seorang ‘waris’ kesultanan Sulu sebagai pengganas
April 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
14 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok