Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi

November 15, 2022 · Isu semasa

Pesakit Covid-19 yang mahu keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Sabtu ini dilarang menaiki kenderaan awam termasuk Grab.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pesakit Covid-19 diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang masa bagi mengelakkan jangkitan.

Pesakit juga tidak dibenarkan singgah ke mana-mana sebelum atau selepas mengundi dan terus pulang ke rumah sebaik selesai proses pengundian di pusat pembuangan undi masing-masing.

Peringatan itu dikeluarkan KKM melalui Nasihat Am kepada Pengundi PRU di Facebook, hari ini bagi memastikan proses pengundian berjalan dengan selamat serta mengurangkan risiko jangkitan kepada pengundi lain juga petugas di pusat pembuangan undi.

Selain itu, pesakit juga perlu mematuhi penjarakan fizikal yang selamat ketika berada di pusat pembuangan undi.

KKM turut mengingatkan pengundi positif Covid-19 untuk tidak singgah di mana-mana tempat sama ada sebelum atau selepas mengundi dan segera pulang selepas selesai membuang undi.

Berita berkaitan
Pengundi Melayu masih tolak DAP, Tun Faisal sangkal propaganda ‘Melayu undi DAP’
August 17, 2023· Politik
Jangan beri BN-PH walau 1 undi : Muhyiddin
August 12, 2023· Politik
UMNO ‘bungkus ikat tepi’ dalam PRN kali ini : Fadhli Shaari
August 10, 2023· Politik
PRN: PAS harap ramai keluar mengundi Sabtu ini
August 9, 2023· Politik
Popular
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
2 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
3 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
14 jam lalu
[VIDEO] MP DAP ‘celupar’ tafsir Al-Quran bukti kerajaan bawa fahaman liberal
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok