Covid-19: Kadar kebolehjangkitan naik

April 12, 2021 · Isu semasa

Kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (RO) Covid-19 mengikut kes seharian semalam (Ahad) untuk seluruh negara kembali meningkat kepada 1.06, kata Kementerian Kesihatan, hari ini.

Terengganu mencatatkan peningkatan kebolehjangkitan tertinggi berbanding negeri lain iaitu 1.56.

Semalam sebanyak 1,739 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan.

Pada permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 10 Mac 2020, nilai R ketika itu adalah 3.5.

Nilai R kemudian berjaya diturunkan sehingga 0.3, iaitu susulan impak positif tindakan yang telah diambil oleh kerajaan serta pematuhan oleh rakyat kepada perintah dan SOP yang diperkenalkan.

Negara mencatatkan semula nilai R yang tinggi pada 7 September 2020 iaitu 1.7 susulan peningkatan kes Covid-19 di Kedah dan Sabah pada ketika itu.

Sementara itu, sebanyak 1,317 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan keseluruhan kes kumulatif ialah 362,173 kes.

Sarawak terus mencatat kes tertinggi sebanyak 351 diikuti Selangor 303 kes.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Seorang lagi ADUN Selangor rentas negeri masuk hutan di Pahang
July 18, 2021
Adibah Noor meninggal dunia, Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga
June 19, 2022
Bekas Setpol Salahuddin Ayub dilantik Pengerusi SSM baharu
March 13, 2023
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
June 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok