Chef Wan geram suruh Serina buka hijab

April 10, 2021 · Isu semasa

‘Perang’ dua beranak – chef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dan anaknya Serina – di dalam laman sosial semakin menjadi-jadi.

Masing-masing cuba mengetengahkan kebenaran mengenai perkahwinan Serina sehingga satu peringkat Chef Wan menyuruh anaknya itu membuka hijab yang dipakai.

Kemarahan dan kesedihan Chef Wan diluahkan dalam laman Instagramnya yang turut mendapat lebih 11,000 tanda ‘suka’ pengikutnya.

Chef Wan berkata, beberapa individu, termasuk wartawan bertanya kebenaran sama ada betul anaknya sudah berkahwin di Thailand atau tidak.

“Over the years u have hurt me enough in all your past history and relationship. Enough is enough.. I can only share the truth. Itu sebab bila tiba2 last week dia kata dah nikah. I was shocked in my heart say.

“F…. it la kau dah nikah belakang aku senyap2 and got knows how many people they hurt and nak buat nikah di rumah i pulak. Pandai pulak nak nasihat bapa tutup pekong mereka berdua konon orang lain tak perlu TAHU!

“Kerja BODOH menipu orang baik pun Bapak sendiri. Baik buka sahaja hijab tu tak usah main drama minggu ini! Akhirnya segala nya kantoi,” luah Chef Wan.

Walaupun terlalu geram dan marah terhadap Serina, Chef Wan tetap memberi restu kepada anaknya itu.

Sementara itu, Serina berkata suaminya berstatus duda, bukan suami orang seperti didakwa sesetengah pihak.

“Also i nak jelaskan Suami i bukan suami orang duda , sebelum kenal i pun mereka dah ada masalah perkahwinan jarak jauh dan mereka belum ada zuriat. Jangan menuduh Suami i yang tak benar.

“I always respect my father. Kami tak ada masalah pun selama ni. Infact papa sendiri ada post di IG dia sebelum ni dia restu hubungan kami bernikah benda baik halal kan hubungan di tuntut dalam Islam.

“Siap cakap makan makan di Restoran Papa je nanti utk kenduri jamuan doa selamat,” jelas Serina dalam Instagramnya.

Berita berkaitan
Luluh hati Chef Wan anak kahwin di Siam
April 10, 2021· Isu semasa
Popular
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Benar ke Najib kontak rapat Covid-19, tapi kereta berderet depan rumah
December 7, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok