Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas hukuman gantung, dipenjara 40 tahun

September 26, 2023 · Isu semasa

Seorang bekas pemandu bas terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 40 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh teman wanitanya di Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor, tujuh tahun lepas.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang bersidang bersama-sama Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Abu Bakar Jais, membuat keputusan itu selepas menggunakan kuasa budi bicara mereka bagi menggantikan hukuman mati M.Siva Sangker, 39, dengan hukuman penjara, lapor Bernama.

Panel tiga hakim itu memutuskan demikian susulan pemansuhan hukuman mati mandatori yang berkuat kuasa 4 Julai lepas yang membenarkan mereka memilih menjatuhi hukuman penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun untuk menggantikan hukuman mati mandatori.

Bapa lima anak itu turut diperintah menjalani hukuman penjara mulai tarikh dia ditangkap iaitu pada 24 Nov 2016.

Ketika membacakan keputusan sebulat suara itu, Mohamad Zabidin berkata mahkamah mengesahkan sabitan terhadap Siva Sangker selepas mendapati ia selamat untuk dikekalkan.

Siva Sangker merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 4 Feb 2021 yang menjatuhi hukuman mati selepas dia didapati bersalah membunuh V. Durga Devi, 23, di Jalan Kancil 1, Taman Scientex, Pasir Gudang pada 12.15 tengah hari, 21 Nov 2016 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, pada 6 Dis 2022, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman itu.

Terdahulu, Datuk Rajpal Singh yang mewakili Siva Sangker berhujah kegagalan peguam terdahulu di peringkat pembelaan memfailkan notis alibi untuk menafikan kehadiran tertuduh di tempat kejadian menunjukkan anak guamnya tidak mendapat perbicaraan yang adil.

“Semasa kejadian, anak guam saya tidak berada di situ dan dia berada di Masai (Johor),” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya How May Ling pula berkata walaupun Siva Sangker mendakwa berada di Masai pada hari kejadian, tiada kepastian bahawa tertuduh berhasrat memfailkan notis alibi untuk menyokong pembelaannya.

Beliau berkata enam saksi telah menyatakan bahawa perayu telah menyerang mangsa sehingga menyebabkan wanita itu mengalami 49 kecederaan akibat ditetak.

“Tetakan itu terkena tengkuk dan kepala mangsa yang boleh membawa kematian. Selepas mangsa ditetak, perayu terus mengejar dan menyerang mangsa walaupun mangsa terjatuh,” katanya.

Rajpal turut memohon mahkamah mengetepikan hukuman mati dan menggantikannya dengan hukuman alternatif iaitu penjara bagi tempoh antara 30 hingga 40 tahun supaya Siva sangker mendapat peluang kedua untuk meneruskan kehidupan.

“Anak guam saya menyesal dengan kejadian yang berlaku dan telah memohon maaf kepada keluarga mangsa. Memang betul kehilangan nyawa telah berlaku dan dia melakukan kesalahan serius tapi dia bukan pembunuh bersiri yang membahayakan masyarakat,” katanya.

Bagaimanapun, How memohon sabitan dan hukuman terhadap Siva Sangker dikekalkan.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Popular
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
August 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok