Buat aduan jika ada penipuan jualan tiket Coldplay: KPDN

May 20, 2023 · Isu semasa

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menasihatkan pengguna agar membuat aduan kepada agensi itu sekiranya mereka merasakan wujud unsur penipuan dalam penjualan tiket konsert Coldplay.

KPDN dalam kenyataan hari ini berkata aduan rasmi perlu bagi membolehkan agensi itu menjalankan siasatan di bawah mana-mana akta yang dikuatkuasakan oleh KPDN atau lain-lain kementerian, menurut laporan Bernama.

“…mereka wajar membuat aduan rasmi dengan mengemukakan bukti-bukti berkaitan,” kata kementerian itu dalam kenyataan.

Sementara itu, KPDN menasihatkan pengguna agar membuat pembelian bijak dengan mendapatkan tiket daripada saluran jualan rasmi dan sah ekoran isu penjualan semula tiket konsert hiburan Coldplay itu pada harga yang terlalu tinggi.

Sebelum ini tular di media sosial mengenai kewujudan akaun di pelbagai platform yang menjual tiket konsert Coldplay dikatakan dikendalikan oleh ‘scammers’, dan ada juga laporan mengenai tindakan menjual semula tiket konsert kumpulan itu pada harga amat tinggi, mencecah RM43,200 yang mengundang kecaman ramai.

Coldplay, kumpulan muzik terkemuka dunia, akan menjayakan konsert dalam siri jelajah Music Of The Spheres World Tour mereka di Malaysia pada 22 Nov ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Berita berkaitan
MP Putrajaya kongsi surat tular kepada pelajar minta tonton filem Anwar
May 24, 2023· Politik
Menteri tetap kata harga barang asas tidak naik
May 22, 2023· Isu semasa
Bukan krisis, kata Menteri berhubung isu bekalan gula di Terengganu
May 7, 2023· Isu semasa
Tak mungkin harga ayam naik mendadak lebih RM9.40 sekilo: Salahuddin
April 15, 2023· Isu semasa
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
39 minit lalu · Isu semasa
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
2 jam lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
23 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok