Berbanding dolar, nilai ringgit dibuka rendah sedikit

August 22, 2023 · Isu semasa

Nilai ringgit hampir tidak berubah berbanding dolar AS pagi ini berikutan sentimen pasaran yang bercampur-campur.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan susut sedikit kepada paras 4.6470/6530 berbanding dolar AS daripada 4.6465/6510 pada penutup Isnin, menurut laporan Bernama.

Seorang penganalisis berkata kebimbangan terhadap pertumbuhan global juga semakin memuncak susulan pemotongan kadar dasar oleh Bank Rakyat China (PBOC) baru-baru ini.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata hasil Perbendaharaan AS 10 tahun turut tinggi, membayangkan premium inflasi kekal ketara dan ini mungkin memerlukan pengetatan dasar monetari yang berpanjangan oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Justeru, Mohd Afzanizam berkata Simposium Jackson Hole yang merupakan perhimpunan tahunan bank-bank pusat global akan dipantau dengan teliti, khususnya ucapan pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell mengenai perkembangan dasar monetari AS pada masa hadapan.

Acara ini akan berlangsung bermula 24-26 Ogos 2023.

“Gandingan ringgit berbanding dolar AS dijangka kekal dalam julat 4.64 hingga 4.65 dalam tempoh terdekat. Dari sudut analisis teknikal, ringgit sudah berada dalam kedudukan terlebih jual, menunjukkan risiko penurunan selanjutnya adalah terhad.

“Pada masa ini, paras sokongan dan rintangan bagi USD/MYR ialah pada paras 4.6257 dan 4.7495. Dalam pada itu, ringgit dilihat berlegar lebih dekat kepada paras sokongannya,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit didagangkan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali yen Jepun, menyaksikan ia meningkat kepada 3.1783/1826 daripada 3.1869/1902 pada penutup semalam.

Mata wang tempatan lemah berbanding euro kepada 5.0652/0718 daripada 5.0647/0696 dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.9305/9382 daripada 5.9196/9254 sebelumnya.

Pada masa yang sama, ringgit diniaga rendah berbanding mata wang Asean kecuali rupiah Indonesia dengan kekal tidak berubah pada 303.1/303.7.

Ringgit menyusut nilai berbanding baht Thai kepada 13.2242/2485 daripada 13.2070/2258, turun sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.4247/4296 daripada 3.4241/4279 dan lemah berbanding peso Filipina kepada 8.25/8.28 daripada 8.24/8.26 pada Isnin.

Berita berkaitan
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023· Isu semasa
Ringgit menyusut, menghampiri paras RM4.70 berbanding dolar
September 20, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah lagi berbanding dolar
September 14, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar
September 12, 2023· Isu semasa
Popular
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Mahkamah kembalikan perintah pengharaman buku Gay is Okay! A Christian Perspective”
September 25, 2023
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
September 26, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
3 jam lalu · Isu semasa
Permohonan lelaki bunuh kekasih hamil dirujuk psikiatri ditolak mahkamah
3 jam lalu · Isu semasa
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
6 jam lalu · Isu semasa
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
6 jam lalu · Isu semasa
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
17 minit lalu
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok