Bekas Hakim Mahkamah Syariah dituduh terima rasuah dalam kes hukuman khalwat

May 25, 2023 · Isu semasa

Bekas Hakim Mahkamah Syariah dan seorang anggota polis dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan menerima rasuah serta bersubahat.

Tertuduh, bekas Hakim Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Burhanuddin Ismi Adam, 43, dan Muhamad Hamri Ayob, 34 didakwa menerima rasuah dan bersubahat bagi menjatuhkan hukuman kepada pesalah khalwat, empat tahun lalu, menurut laporan BH.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim, Ahmad Kamar Jamaludin.

Mengikut pertuduhan, Burhanuddin Ismi didakwa secara rasuah menerima untuk diri sendiri suapan RM4,000 daripada Muhammad Afiq Abd Majid, 39, sebagai dorongan untuk dia membuat keputusan melepaskan kes khalwat yang memihak kepada Muhammad Afiq berkaitan kes di bawah Seksyen 54(1) (2) Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 (khalwat).

Perbuatan itu dilakukan di sebuah restoran di Jalan Chemor Saujana, Desa Chemor Saujana, di sini kira-kira 11.30 malam pada 10 September 2019.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) Akta yang sama.

Bagi pertuduhan ke atas Muhamad Hamri pula, dia didakwa bersubahat dengan Burhanuddin Ismi yang secara rasuah meminta suatu suapan sebanyak RM4,000 daripada Muhammad Afiq sebagai dorongan untuk Burhanuddin Ismi membuat keputusan melepaskan kes khalwat yang memihak kepada Muhammad Afiq.

Muhamad Hamri didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah restoran makanan segera di Jalan Kuala Kangsar, Taman Tasek Mutiara, di sini kira-kira jam 5.30 petang pada hari sama.

Pertuduhan ke atas Muhamad Hamri dibaca mengikut Seksyen 28(1)(c) yang dibaca bersama Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, Seksyen 24(1) Akta SPRM 2009 memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Maziyah Mansor manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin sebanyak RM10,000 seorang dengan seorang penjamin selain menetapkan tarikh 19 Jun depan bagi tarikh sebutan semula kes termasuk bagi pengurusan kes serta lantikan peguam.

Ketika dalam kandang tertuduh, Burhanuddin Ismi memohon jumlah jaminan itu dikurangkan, mengambil kira dia sedang ditahan kerja susulan kes itu yang menyebabkan gaji bulanannya hanya dibayar separuh dari nilai asal selain menyara tiga anak termasuk seorang daripadanya adalah orang kurang upaya (OKU).

Muhamad Hamri turut memohon jumlah jaminan terhadapnya dikurangkan atas pertimbangan turut ditahan kerja sebagai polis dan kini hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan pendapatan bulanan RM1,500 selain menanggung empat anak.

Hakim bagaimanapun tidak mempertimbangkan rayuan mengurangkan nilai jaminan kedua-dua tertuduh itu.

Kedua-dua tertuduh membayar jaminan yang dikenakan.

Berita berkaitan
Bukan korek cerita lama, mahu harta rakyat dipulangkan: PMX
18 minit lalu· Politik
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
1 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023· Isu semasa
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
June 1, 2023· Politik
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
3 jam lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
6 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023 · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023 · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
23 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok