Amang seksual: Pengetua dibebaskan

May 24, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini melepas dan membebaskan seorang pengetua sekolah daripada tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap empat pelajar lelaki pada 2018.

Hakim Noor Aini Yusof membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh Zainuren Mohamed, 58, di akhir kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Noor Aini berkata mahkamah mendapati saksi-saksi yang dipanggil tiada kredibiliti berdasarkan keterangan mereka. lapor Bernama.

“Secara ringkasnya alasan mahkamah ke atas saksi-saksi, mahkamah mendapati terdapat banyak kelemahan dalam kes pendakwaan sekiranya mahkamah panggil kes ini untuk bela diri dan tertuduh memilih untuk berdiam diri maka adalah tidak selamat untuk mahkamah mensabitkan kesalahan berdasarkan keterangan yang ada.

“Selain itu, kegagalan pihak pendakwaaan untuk memanggil saksi utama iaitu rakan mangsa, Fikri, turut menyumbang kepada keputusan mahkamah. Alasan penuh akan dikemukakan sekiranya pihak pendakwaan mengemukakan rayuan,” katanya sambil mengarahkan Zainuren dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri dan wang jaminan dipulangkan kepada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Zainuren didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar berusia 13 tahun di bilik khas pengetua, di sebuah sekolah di Permatang Tok Jaya di sini pada 9.30 malam, 6 April 2018.

Tertuduh turut didakwa melakukan perbuatan yang sama terhadap seorang lagi pelajar lelaki berusia 13 tahun di asrama sekolah berkenaan pada 11.40 malam antara 9 Julai dan 13 Julai 2018.

Untuk pertuduhan ketiga dan keempat, Zainuren didakwa melakukan kesalahan sama terhadap seorang murid berusia 11 tahun di bilik khas pengetua pada 4 petang, 10 Okt 2018 dan melakukan perbuatan yang sama terhadap seorang pelajar berusia 14 tahun di asrama sekolah itu pada 11 malam, tarikh yang sama.

Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Syeqal Che Murat manakala tertuduh diwakili peguam E. Gnasegaran, Audrey Wee dan S.Vikneshwaran.

Gnasegaran memberitahu pemberita di luar Mahkamah bahawa tertuduh yang hadir ke mahkamah ditemani isteri hari ini berasa lega kerana keputusan itu membersihkan namanya yang tidak bersalah.

“Mahkamah mendapati keterangan saksi yang dipanggil termasuk empat saksi awam, dua guru, seorang murid dan ibu murid, tiada kredibiliti,” katanya.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
1 jam lalu· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Popular
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19
August 13, 2021
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok