67 pengunjung pusat hiburan dikompaun RM1,000 langgar SOP

April 8, 2022 · Isu semasa

Seramai 67 warga tempatan dikompaun masing-masing RM1,000 kerana mengunjungi pusat hiburan dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat yang masih tidak membenarkan premis hiburan beroperasi.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur Datuk Azman Ayob berkata semua 67 individu itu dikompaun dalam serbuan berasingan ke atas tiga premis pusat hiburan di Kuala Lumpur, lewat malam tadi.

“Hasil risikan mendapati kesemua pusat hiburan yang telah beroperasi itu telah melanggar Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit PPN Fasa Empat 2021 (Melakukan aktiviti terlarang dalam pub dan kelab malam) yang masih dikuatkuasakan ketika ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Azman berkata sebanyak tiga lagi kompaun yang masing-masing bernilai RM1,000 turut dikeluarkan terhadap pemilik di tiga premis pusat hiburan terlibat, lapor Bernama.

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi SOP Covid-19 yang masih dikuatkuasakan demi mengurangkan penularan jangkitan wabak ini,” katanya.

Azman meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai pelanggaran SOP Covid-19 terutama di pusat hiburan berdekatan agar menyalurkan maklumat menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang boleh dimuat turun di telefon pintar masing-masing.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
17 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok