4,000 siswazah diambil secara ‘one-off’ isi penempatan guru 2023: Radzi

August 25, 2022 · Isu semasa

Kementerian Pendidikan (KPM) akan meningkatkan pengambilan guru secara ‘one-off’ atau sekali pengambilan untuk penempatan tahun depan melalui kaedah Kluster Mata Pelajaran (KMP) yang diperkenalkan.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata pihaknya menganggarkan jumlah pengambilan tersebut melebihi 4,000 siswazah yang biasanya diambil sepanjang tahun mengikut amalan biasa kementerian.

“Sebelum Covid-19, biasanya dalam tempoh setahun antara 4,000 hingga 5,000 siswazah diambil mengisi kekosongan. Apabila diperkenalkan sistem kluster, ia memberi kita (KPM) peluang untuk meningkatkan pengambilan.

“Jadi sekarang kita sedang berusaha menambah jumlah siswazah berbanding jumlah biasa dengan ia sedang diikhtiarkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP),” katanya kepada pemberita selepas program wacana bersama komuniti Orang Asli di Sungai Siput, Perak, hari ini.

Dilapor, sejak KMP diperkenalkan, seramai 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara ‘one-off’ telah dilantik dalam pengambilan khas bagi mengisi kekosongan guru di sekolah KPM di bawah bidang kuasa SPP.

Memetik Bernama, Radzi dilaporkan berkata antara masalah dikesan pihaknya berkaitan pengambilan guru ialah isu tunggakan dan tidak sepadan kelulusan yang dilihat telah berjaya diatasi sejak KMP diwujudkan.

“Tunggakan (pengambilan) sudah bertahun-tahun kerana isu dikatakan pada waktu itu adalah kekurangan bekalan guru manakala tidak sepadan pula diatasi dengan siswazah yang memiliki bidang pengkhususan utama tertentu boleh memohon untuk mengisi kekosongan mata pelajaran lain yang dikategorikan dalam kluster yang sama.

“Jadi melalui pendekatan ini kita akan dapat jumlah pengambilan yang lebih besar sebab itu kita dapat selesaikan dengan lebih tinggi peratusan pengambilan dan jumlah pengambilan itu sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Radzi berkata setakat ini terdapat 69 aduan berkaitan buli diterima sejak portal Aduan Buli dilancarkan Khamis lepas dan kesemua aduan itu sedang diteliti sebelum diambil tindakan.

“Menerusi portal ini, kita ada tiga platform untuk membuat aduan iaitu menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) kita terima sebanyak 28 aduan, dua diterima menerusi e-mel, 17 melalui panggilan telefon manakala 22 melalui aplikasi WhatsApp.

“Apa yang paling penting, sistem pelaporan ini kerahsiaan maklumat itu kita pegang, kita tidak mahu maklumat sulit ini terkeluar (bocor), nanti anak-anak pula diberikan tekanan. Oleh sebab itu, jika kita lihat kita mula mendapat aduan-aduan, ada aduan yang telah kita ambil tindakan dan aduan yang masih dalam siasatan,” katanya.

Berita berkaitan
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Wartawan dan kumpulan media bidas SKMM beri tekanan terhadap portal berita
September 25, 2023· Isu semasa
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023· Politik
Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM
September 20, 2023· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Kenapa Anwar marah selepas pendedahan syarikat ‘scam’ mahu derma vaksin?
May 20, 2021
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Kos umrah meningkat, apa puncanya?
February 15, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
13 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok