4 bulan tiada ketua audit negara, kerajaan beria mahu bahas LKAN 2021

June 6, 2023 · Isu semasa

Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mempertikaikan tindakan kerajaan yang beria mahu membahaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 di Dewan Rakyat sedangkan jawatan ketua audit negara sudah hampir empat bulan masih belum diisi.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata kerajaan sepatutnya memberi perhatian kepada kekosongan itu yang perlu diisi segara.

“Perkara yang patut diberi perhatian ialah mengenai (jawatan) ketua audit negara dah empat bulan tidak diisi, yang itu patut diberi perhatian oleh pihak kerajaan.

“Bagaimana kita nak bincang soal ini (bahas LKAN 2021) kalau ketua audit negara pun tidak ada?,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Sebelum ini kecoh di Dewan Rakyat apabila pembangkang membantah untuk membahaskan LKAN 2021.

Sementara itu, pada sidang media sama, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendakwa kegagalan kerajaan melantik ketua audit baharu kerana takut diaudit.

“Nampak kerajaan pada hari ini takut diaudit sebab itu tak lantik ketua audit negara,” katanya.

Ketika membantah perbahasan LKAN 2021 itu, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata

“Semakan kami sepanjang perjalanan Dewan Rakyat tidak pernah LKAN dibentang dibahaskan hanya dibentangkan,” katanya.

Laporan itu dipercayai berkait audit bagi tahun ketika wabak Covid-19 melanda di mana pengisytiharan darurat dibuat di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setelah hampir sejam berlaku pertikaman lidah antara blok kerajaan dan pembangkang, akhirnya Yang diPertua Dewan Rakyat , Tan Sri Johari Abdul memutuskan laporan itu perlu dibahaskan kerana prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang meneliti LKAN tidak terbuka kepada umum.

Berita berkaitan
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023· Politik
Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM
September 20, 2023· Politik
Pengguna beralih daripada beli beras import ke beras tempatan, kata Mat Sabu
September 19, 2023· Isu semasa
Popular
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
October 1, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
October 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
12 jam lalu · Isu semasa
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
12 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
12 jam lalu · Isu semasa
Bajet 2024: Pemain industri perhotelan harap nilai ambang cukai SST dinaikkan
19 jam lalu · Isu semasa
Suspek tikam isteri ditahan reman tujuh hari
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
9 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok