2,586 mangsa banjir, tanah runtuh 5 negeri masih berlindung di 19 PPS

December 27, 2022 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir dan tanah runtuh di lima negeri – Sabah, Kelantan, Sarawak, Terengganu dan Perak – yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga jam 12 tengah hari ini (Selasa, 27 Disember 2022), terus berkurangan.

Pada masa sama, hanya tinggal 19 PPS sahaja di lapan daerah yang dilanda banjir dan satu daerah di Sarawak yang terkesan akibat tanah runtuh, menurut data dikongsi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), hari ini.

Sabah mencatat jumlah mangsa teramai iaitu 1,606 orang daripada 359 mangsa di tiga daerah yang dipindahkan di sembilan PPS.

Daripada jumlah itu, 766 mangsa daripada 177 keluarga di Pitas ditempatkan di enam PPS; Sandakan (705 mangsa/126 keluarga/satu PPS); dan Kota Belud (135 mangsa/56 keluarga/dua PPS).

Di Kelantan, seramai 638 mangsa daripada 218 keluarga di Pasir Mas kini berlindung di empat PPS, sementara PPS di Tumpat telah ditutup.

Bagi Sarawak pula, seramai 148 mangsa banjir dan tanah runtuh daripada 37 keluarga kini ditempatkan di tiga PPS.

Ia melibatkan 84 mangsa daripada 27 keluarga dari Serian dan tujuh mangsa (tiga keluarga) yang masing-masing ditempatkan di satu PPS. Manakala 57 mangsa daripada tujuh keluarga tanah runtuh di Serian juga ditempatkan di sebuah PPS.

Banjir di Terengganu pula semakin surut dengan kini hanya melibatkan 138 mangsa daripada 41 keluarga di Besut yang masih ditempatkan di dua PPS.

Sementara, di Perak, seramai 62 mangsa daripada 13 keluarga di Hilir Perak juga ditempatkan di sebuah PPS.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Tanah runtuh di Puchong, penghuni tujuh buah rumah dikosongkan
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tiga bersaudara lemas berkelah di Sungai Lata Changkah di Setiu
June 11, 2022
KDN komited selesaikan isu sejuta penduduk tanpa dokumen di Sabah
October 2, 2022
Gejala sugar baby, baby boy kian meningkat
August 1, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok