24,990 alami kesan susulan imunisasi hampir 64.7 juta dos

February 16, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan menerima lapan laporan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) melibatkan kanak-kanak, tetapi dikategorikan sebagai tidak serius.

Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara, Dr Roshayati Mohamad Sani berkata jumlah itu bersamaan kadar 0.1 laporan bagi setiap 1,000 dos suntikan yang diberikan.

Katanya sehingga 11 Februari lalu sejumlah 79,393 dos vaksin telah diberikan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun.

“Reaksi pada kulit, muntah dan sakit pada bahagian abdomen adalah antara kesan advers yang telah dilaporkan,” katanya.

Beliau juga memaklumkan sehingga 11 Februari lalu sebanyak 1,104 laporan AEFI diterima daripada penerima dos penggalak atau bersamaan 85 laporan bagi setiap sejuta dos.

“Daripada jumlah laporan AEFI yang diterima bagi dos penggalak ini, hanya 80 laporan diklasifikasikan sebagai serius bersamaan kadar enam laporan bagi setiap sejuta dos,” katanya.

Dr Roshayati berkata daripada pemantauan laporan AEFI diterima setakat ini, trend dan kadar pelaporan AEFI yang melibatkan doa penggalak tidak menunjukkan sebarang peningkatan daripada apa yang dilihat semasa pemberian dos premier.

Trend pelaporan ini juga katanya, turut dilaporkan oleh negara lain yang telah menjalankan program imunisasi bagi dos penggalak vaksin Covid-19.

Beliau berkata sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari 2021 lalu hingga 11 Februari tahun ini, pihaknya menerima 24,990 laporan AEFI daripada hampir 64.7 juta dos vaksin yang telah diberikan.

“Majoriti atau 93 peratus daripada AEFI yang dilaporkan adalah tidak serius. Deman, sakit pada tempat suntikan, sakit kepala, sakit otot dan keletihan, merupakan antara kesan advers yang paling kerap dilaporkan oleh penerima vaksin. Kesan-kesan ini biasanya akan pulih dalam masa 1 hingga 2 hari.

“Daripada jumlah keseluruhan ini, terdapat 1,747 laporan yang dikategorikan sebagai AEFI serius bersamaan kadar 27 laporan bagi setiap sejuta dos,” katanya.

Dr Roshayati juga menasihatkan penerima vaksin yang mengalami sebarang kesan advers yang serius atau kesan berpanjangan, merujuk ke mana-mana kemudahan kesihatan bagi mendapatkan rawatan.

Menurutnya, kesan advers serius memerlukan kemasukan ke hospital, pemanjangan tempoh di wad, mengancam nyawa atau disyaki boleh menyebabkan kematian.

Berita berkaitan
Rafizi pertahan langkah kerajaan tak turun harga minyak, elak rakyat terjejas
July 31, 2023· Politik
Kerajaan tekan kumpulan T20, rakyat yang akan kena kesan: Ka Siong
July 2, 2023· Politik
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Malaysia isytihar seorang ‘waris’ kesultanan Sulu sebagai pengganas
April 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
14 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok