1MDB: Pendakwaan tarik balik rayuan lucut hak, wang UMNO disita dipulangkan

February 7, 2023 · Isu semasa

Pendakwaan telah menarik balik rayuannya untuk melucut hak wang milik sembilan entiti termasuk UMNO dan Wanita MCA yang dikaitkan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (IMDB).

Pendakwaan telah gagal di peringkat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan bagi melucut hak wang daripada Habib Jewels Sdn Bhd, Hattatex Trading, Wanita MCA, UMNO, Badan Perhubungan UMNO Kedah serta empat individu, Perano Sdn Bhd, Binsabi Sdn Bhd dan K&Z Enterprise Sdn Bhd, menurut laporan Bernama.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan menolak permohonan pendakwaan dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan pendakwaan melucut hak wang yang dirampas daripada Badan Perhubungan UMNO Pahang.

Ini menyebabkan pendakwaan memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan yang menetapkan hari ini sebagai pendengaran kes itu.

Timbalan Pendakwa Raya Samihah Razali, ketika dihubungi Bernama, berkata pendakwaan telah mengemukakan notis untuk tidak meneruskan rayuan itu pada 2 Feb lepas.

Beliau berkata kerajaan turut memulangkan wang yang telah disita dalam kes itu.

Pada 2 Sept 2021, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa tiada bukti yang mencukupi bagi memuaskan hati mahkamah bahawa wang yang dirampas adalah perkara atau bukti berkaitan dengan perlakuan kesalahan atau hasil aktiviti haram.

Mahkamah itu turut memutuskan bahawa tiada sebarang kaitan antara wang dalam akaun bank responden dan dana yang didakwa diseleweng daripada IMDB.

Pendakwaan memohon untuk melucut hak RM192,965,413.61 milik UMNO, RM300,000 daripada Wanita MCA, RM337,634.78 dan RM827,250 masing-masing daripada Perano, sebuah syarikat yang menjual hijab serta Binsabi yang membekalkan khemah, RM100,000 daripada Habib Jewels, RM138,359.60 daripada K&Z Enterprise, RM827,250 daripada Badan Perhubungan UMNO Kedah dan RM111,590 daripada Hattatex Trading.

Pendakwaan mendakwa wang yang disita adalah perkara atau bukti daripada hasil aktiviti haram yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram,Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 serta Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Minggu lepas, kerajaan turut menarik balik rayuan di Mahkamah Rayuan untuk melucut hak wang berjumlah RM21.7 juta milik 11 individu, entiti perniagaan dan parti politik termasuk UMNO Pekan serta Badan Perhubungan UMNO Johor yang didakwa mempunyai kaitan dengan dana 1MDB.

Yang lain ialah Jakel Trading Sdn Bhd, Jakel Trading, Barisan Nasional Bahagian Johor Bahru, Mediaedge CIA Malaysia Sdn Bhd, Parti Rakyat Bersatu Sarawak, Pengarah Strategic Engagement Media Sdn Bhd (CENSE Media) Sim Sai Hoon, AGA Touch Malaysia Sdn Bhd, Yayasan Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (Yayasan PBAKM) serta bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gaddam.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
15 jam lalu· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Kos umrah meningkat, apa puncanya?
February 15, 2023
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok