15 cedera bas jatuh longkang dekat Terowong Menora

April 4, 2021 · Isu semasa

Lima belas penumpang, termasuk pemandu cedera apabila sebuah bas ekspres yang mereka dinaiki terbabas ke bahu jalan di Kilometer (KM) 265 Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Terowong Menora arah selatan di Ipoh, awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian membabitkan 12 lelaki dan tiga perempuan berusia antara 14 hingga 59 tahun itu pada jam 2.22 pagi.

Katanya, kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres yang menghala dari Kulim ke Kuala Lumpur terbabas ke dalam longkang, tanpa melibatkan kenderaan lain

“16 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru dan bantuan dari Ipoh ke lokasi kejadian bagi kerja-kerja menyelamat,” katanya.

Dua daripada mangsa parah.

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa dan memberi rawatan awal sebelum semua mereka dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk menerima rawatan lanjut.

Seorang penumpang bas yang cedera sedang diberi rawatan. – Gambar FB

Berita berkaitan
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
ADUN Kota Seputeh terlibat kemalangan dekat Arau
December 13, 2023· Isu semasa
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023· Isu semasa
Remaja 16 tahun pandu tanpa lesen rempuh motosikal sehingga dua maut
November 11, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Banjir di Jempol, Gemas terburuk dalam tempoh 50 tahun
January 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok