11 tempat nyamuk boleh sebar JE dikesan di Kota Setar

December 3, 2021 · Isu semasa

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengesan 11 tempat pembiakan nyamuk Culex Tritaenioryhncus dan Culex Sitiens di daerah Kota Setar yang berpotensi menyebarkan virus Japanese Encephalitis (JE).

Pengarah JKN Kedah, Dr Othman Warijo berkata tempat pembiakan nyamuk berkenaan dikesan menerusi kajian entomologi yang juga antara aktiviti kawalan wabak dilaksanakan bermula 25 Nov hingga semalam.

Menurutya sehingga 2 Disember 2021 iaitu hari kelapan wabak, bilangan kes JE yang dilaporkan di lokaliti wabak kekal dua kes, dan kedua-duanya telah meninggal dunia.

“Pengesanan kes secara aktif (ACD) telah dijalankan di sekitar kawasan terlibat. Sebanyak 674 (23 peratus) daripada 2,926 orang penduduk di kedua-dua lokaliti telah disaring untuk gejala penyakit JE dan didapati tiada penduduk bergejala,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sebanyak 291 (70.6 peratus) daripada premis dalam 400 meter radius dari rumah pesakit telah diperiksa yang mana 14 bekas pembiakan nyamuk telah ditemui dan sebanyak 672ml Abate 500E BTI digunakan untuk larvasiding.

Katanya, semburan ruang termal juga telah dilakukan pada 25 dan 26 Nov meliputi 412 premis dan semburan ruang ultra low volume (ULV) pada 25 dan 27 Nov meliputi 912 premis.

Dr Othman berkata pihaknya mendapati tiada ladang penternakan khinzir di sekitar lokaliti wabak dan tinjauan menggunakan dron di sepanjang sungai berdekatan juga tidak menemukan sebarang lokasi berisiko kecuali kehadiran burung hijrah di kawasan bendang.

Bagi mencegah penularan wabak itu, beliau menyeru seluruh masyarakat di sekitar Kota Setar melakukan langkah-langkah pencegahan termasuk mengelakkan diri daripada gigitan nyamuk dan membuat semburan aerosol di dalam rumah.

“Membersihkan persekitaran serta mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk di kediaman dan premis masing-masing serta mendapatkan rawatan segera di klinik kesihatan sekiranya mengalami tanda-tanda seperti demam, sakit kepala dan muntah,” katanya.

Ahad lepas, JKN Kedah dalam satu kenyataan memaklumkan mengenai dua kes JE yang dikesan di daerah Kota Setar masing-masing pada 18 dan 25 Nov dan mengisytiharkan penyakit itu sebagai wabak di daerah tersebut selepas kes kedua dikesan.

Berita berkaitan
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Idea SG4 yang tepat pada waktu yang tepat
October 15, 2023· Rencana
Sanusi kecewa projek KXP tercicir dalam Bajet 2024, gesa dipertimbang semula
October 14, 2023· Politik
Spekulasi syarikat kerajaan negeri sorok beras adalah palsu
October 12, 2023· Isu semasa
Popular
OPR naik lagi, MP kerajaan tuntut Anwar, Rafizi beri penjelasan
May 6, 2023
Sembilan daripada 10 remaja perempuan ketagih seks: Kajian
September 27, 2021
Dua anggota tentera maut dihempap pokok ketika operasi di Gerik
July 11, 2022
Terdapat syarikat tandatangan MoU di China tiada rekod prestasi: Johari
May 22, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok