11 kluster baharu tempat kerja dikesan

June 20, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 19 kluster baharu dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi dengan 11 daripadanya membabitkan tempat kerja, komuniti (lima), kumpulan berisiko tinggi (dua) dan pusat tahanan (satu).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 1,789 kluster telah ditamatkan, tetapi terdapat 834 lagi yang masih aktif.

Daripada kluster baharu hari ini lima direkodkan di Selangor membabitkan kluster tempat kerja; Kelantan (tiga – tempat kerja dan komuniti); masing-masing dua di Sabah, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sarawak membabitkan tempat kerja, komuniti dan kumpulan berisiko tinggi.

Sementara itu masing-masing satu kluster baharu dikesan di Terengganu dan Melaka membabitkan komuniti dan pusat tahanan.

Terdahulu beliau memaklumkan sebanyak 60 kematian akibat Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi menjadikan kumulatif kepada 4,408 kes.

Beliau berkata dalam tempoh sama 5,293 kes positif baharu dilaporkan menjadikan kumulatif kes sebanyak 696,408 kes.

Selangor mencatatkan kes tertinggi sebanyak 1,680 diikuti Sarawak dengan 661 kes, dan Johor (627 kes).

Berdasarkan data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini, 10 negeri mencatat penurunan kes, manakala Sarawak, Johor, Melaka, Pahang, Putrajaya dan Perlis menunjukkan peningkatan.

Pada masa sama beliau berkata, 5,941 pesakit telah sembuh menjadikan kumulatif sebanyak 628,185 kes, manakala kes masih aktif pula sebanyak 63,815.

“Seramai 880 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 454 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Data 20 Jun 2021

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Seorang lagi ADUN Selangor rentas negeri masuk hutan di Pahang
July 18, 2021
Adibah Noor meninggal dunia, Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga
June 19, 2022
Bekas Setpol Salahuddin Ayub dilantik Pengerusi SSM baharu
March 13, 2023
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
June 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok