10 PATI lemas, 29 masih hilang dalam tragedi bot karam di Johor

December 15, 2021 · Isu semasa

Sekurang-kurangnya sepuluh pendatang asing tanpa izin (PATI) lemas, manakala 29 lagi dilaporkan masih hilang dalam tragedi bot karam ketika mereka cuba menyusup masuk ke negara ini, di Tanjung Balau, Johor, awal pagi tadi.

Berdasarkan maklumat awal, 21 daripada PATI terbabit yang dikatakan berasal dari Indonesia terselamat dan kini ditahan pihak berkuasa.

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 pagi dalam keadaan cuaca buruk di perairan Tanjung Balau.

“Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) menemukan 10 mayat pendatang terbabit, manakala 21 lagi diselamatkan.

“Operasi mencari serta menyelamat 29 pendatang yang masih hilang sedang dilakukan.

“Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mengaktifkan Op Carilamat bermula jam 8.50 pagi ini dengan mengatur gerak pesawat AW 139 Agusta, kapal KM Tegas dan bot Petir 50,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nurul Hizam berkata Sub Pusat Penyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru menerima laporan kejadian daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, yang memaklumkan penemuan bot berkenaan di pantai itu daripada Markas Taktikal Tanjung Sepang.

Sementara itu, Ketua Bomba Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Al Hasra Mohamed berkata, seramai tujuh anggota bersama-sama 40 anggota TDM dikejarkan ke tempat kejadian.

“Sebanyak 10 mayat yang ditemukan itu terdiri daripada empat wanita dan enam lelaki, manakala 21 mangsa yang terselamat terdiri daripada 19 lelaki dan dua wanita,” katanya.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Sultan Ibrahim utamakan 33 juta rakyat Malaysia, bukan wakil rakyat
November 22, 2023· Isu semasa
Paras sungai di Johor dan Terengganu lepas tahap bahaya
November 21, 2023· Isu semasa
Popular
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok