Vaksin mungkin kurang berkesan lawan Omicron, kata bos pengeluar vaksin

December 6, 2021 · Dunia

Presiden Moderna Inc Stephen Hoge memberi amaran bahawa vaksin coronavirus mungkin kurang berkesan terhadap varian baharu, Omicron, lapor Bernama.

“Adakah kita akan melihat penurunan 50 peratus dalam keberkesanan vaksin, yang bermaksud kita mungkin perlu memulakan kembali vaksin dan mengemas kininya?” lapor Sputnik memetik Hoge di siaran ABC “This Week” pada Ahad, sambil menambah bahawa “jawapan ringkasnya ialah kami belum ada data untuk memastikannya”.

Hoge berkata mungkin juga vaksin yang sedia ada akan terbukti berkesan terhadap Omicron, seperti yang berlaku dengan varian Delta dan berharap pandemik itu akan berakhir pada 2022.

Bagaimanapun, “terdapat risiko bahawa kita akan melihat penurunan dalam keberkesanan vaksin,” kata ketua Moderna itu.

Strain Covid-19 Omicron dilaporkan di sekurang-kurangnya di 15 negeri AS, menurut pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS Dr Rochelle Walensky.

Walensky dalam program “This Week” ABC berkata meskipun varian Delta terus menyumbang kepada kebanyakan kes Covid-19 di AS, strain Omicron terus merebak.

Kes pertama strain Omicron, yang muncul di Afrika Selatan pada November, dilaporkan di AS pada 1 Dis.

Pentadbiran Presiden AS Joe Biden mengatakan varian Omicron membimbangkan tetapi tidak sehingga mencemaskan. Menurut pakar Covid-19 Rumah Putih, AS berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk menangani strain Omicron berbanding ketika varian coronavirus sebelumnya.

Berita berkaitan
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
WHO pantau subvarian baharu Covid-19 lebih menjangkiti
April 13, 2023· Dunia
Popular
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok