Taliban larang cukur janggut

September 28, 2021 · Dunia

Kedai gunting rambut di wilayah Helmand, Afghanistan kini dilarang mencukur janggut pelanggan dan memasang muzik di dalam premis mereka, menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Kebajikan dan Maksiat wilayah itu.

Peraturan baharu itu menyusul beberapa larangan yang dikuatkuasakan Taliban terhadap rakyat Afghanistan berdasarkan hukum Syariah Islam.

“Anda dimaklumkan bahawa mulai hari ini, mencukur janggut dan bermain muzik di kedai gunting rambut dan tempat mandi awam sangat dilarang.

“Sekiranya terdapat kedai gunting atau tempat umum yang didapati mencukur janggut atau bermain muzik, mereka akan ditangani menurut prinsip Syariah dan mereka tidak berhak untuk mengadu,” kata pihak berkuasa tempatan wilayah itu.

Pengarah Komunikasi dan Budaya Taliban, Hafiz Rashed Helmand, memberitahu akhbar harian tempatan Etilaatroz keputusan itu dibuat semasa pertemuan dengan pemilik kedai gunting rambut di wilayah itu.

Walaupun Taliban mengatakan pemerintahan mereka sekarang tidak sekeras sebelum ini, ada banyak laporan mengenai tindakan tegas sejak mereka setelah menguasai negara itu pada Ogos lalu.

Ini termasuk penahanan dan serangan terhadap wartawan, penggunaan rotan terhadap wanita yang mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan, dan menggantung orang ramai yang didakwa penjenayah.

Taliban juga tidak membenarkan gadis dan wanita Afghanistan untuk melanjutkan pendidikan menengah, walaupun menjanjikan bahawa pelajar perempuan akan dibenar belajar.

Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki Afghanistan telah diarah kembali ke sekolah.

Ketika memerintah Afghanistan pada 1996 hingga 2001, Taliban mengharamkan wanita dan gadis belajar serta bekerja. – Agensi

Berita berkaitan
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023· Dunia
Putera Harry mengaku bunuh 25 pejuang Taliban ketika operasi
January 6, 2023· Dunia
Menteri Pendidikan PH-BN disuruh jaga negara, bukan main isu Taliban
December 24, 2022· Politik
Muhyiddin dedah DAP desak bebas ahlinya terlibat dengan pengganas
November 14, 2022· Politik
Popular
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok