PM baharu UK diumum pada September selepas Boris letak jawatan

July 12, 2022 · Dunia

Perdana Menteri baharu United Kingdom (UK) yang menggantikan Boris Johnson bakal diumum pada 5 Sept, kata pengerusi jawatankuasa 1922 Parti Konservatif Graham Brady pada Isnin.

Brady berkata Jawatankuasa 1922, yang mengadakan pemilihan Tory memutuskan bahawa calon perlu mendapat sokongan sekurang-kurangnya 20 Ahli Parlimen ketika pencalonan dibuka pada Selasa, lapor Xinhua, menurut Bernama.

Pusingan pertama pengundian dalam kalangan Ahli Parlimen Tory akan diadakan pada Rabu, sambil menambah calon perlu memperoleh 30 undi bagi melayakkan diri ke pusingan kedua yang akan berlangsung pada Khamis.

Hanya dua calon akan ke pusingan seterusnya sebelum persidangan Parlimen ditangguhkan pada 21 Julai, katanya.

Dua calon itu kemudiannya akan melalui undi pos dalam kalangan ahli Konservatif seramai kira-kira 200,000 orang dan pemenang akan menjadi pemimpin baharu Tory sekali gus dilantik sebagai perdana menteri baharu UK.

“Kami perlu memastikan tempoh masa yang mencukupi sebelum keputusan diumumkan pada 5 September,” tambahnya.

Setakat ini, 11 calon telah mencalonkan diri merebut jawatan pemimpin Parti Konservatif, termasuk Menteri Perdagangan Antarabangsa Penny Mordaunt, Setiausaha Luar Liz Truss, bekas Canselor Perbendaharaan Rishi Sunak, dan bekas Setiausaha Kesihatan Sajid Javid.

Kebanyakan calon telah berikrar untuk mengurangkan cukai, susulan kos sara hidup yang semakin menghimpit.

Johnson terpaksa melepaskan jawatannya pada Khamis susulan perletakan jawatan menteri Kabinet dan pegawai kerajaan yang lain sebagai protes terhadap kepimpinannya.

Beliau akan terus berkhidmat sebagai perdana menteri sementara sehingga pemimpin Tory baharu dipilih.

Johnson, yang memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada 2019, hilang sokongan selepas terpalit dengan pelbagai skandal, termasuk Partygate dan skandal Pincher membabitkan salah laku seksual.

Berita berkaitan
Ada kerajaan tapi tidak berfungsi : Muhyiddin
August 8, 2023· Politik
Lagi isu PMX dan pelajar : Tingkah laku Anwar memalukan
August 7, 2023· Politik
PMX kata kajian skim gaji dan persaraan baharu ambil masa lapan bulan
July 27, 2023· Isu semasa
Zahid janji tak tinggal Anwar sendirian
July 23, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
4 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok