Penyerang penumpang kereta api bawah tanah New York ditangkap

April 14, 2022 · Dunia

Pihak berkuasa pada Rabu (13 April) menahan lelaki yang disyaki melepaskan bom asap dan menembak 10 penumpang di dalam kereta bawah tanah New York, mencetuskan operasi memburu suspek di tengah-tengah kebimbangan mengenai keganasan melibatkan sistem transit bandar raya itu.

Pesuruhjaya polis New York Keechant Sewell berkata suspek, Frank James, ditahan setelah polis menerima maklumat daripada penduduk berikutan pencarian selama 30 jam.

Dia menghadapi pertuduhan Persekutuan kerana melanggar undang-undang yang melarang serangan ke atas sistem pengangkutan bandar raya itu.

“Pihak berkuasa akan terus melindungi penduduk New York dan menangkap mereka yang cuba membawa keganasan kepada bandar raya ini,” kata Datuk Bandar New York, Eric Adams.

Sewell berkata James mempunyai sembilan waran tangkap sebelum ini di New York dan tiga di New Jersey.

Jika disabitkan dengan tuduhan dalam serangan pada Selasa, dia boleh berdepan hukuman penjara seumur hidup.

James, 62, melepaskan tembakan menggunakan sepucuk pistol separa automatik yang kemudiannya ditemui di tempat kejadian, bersama tiga kelopak peluru, kapak, beberapa bunga api gred pengguna dan bekas petrol, kata polis.

Lima daripada mangsa tembakan dilaporkan kritikal tetapi stabil, manakala 13 lagi penumpang kereta api bawah tanah cedera apabila masing-masing berusaha menyelamatkan diri.

Serangan pada Selasa, adalah keganasan terbaharu yang membabitkan sistem transit bandar terbesar Amerika Syarikat, dan menimbulkan cabaran baharu bagi Adams, yang cuba menghentikan penurunan jumlah penumpang susulan wabak Covid-19 dan memastikan keselamatan awam.

James ditahan di kawasan kejiranan East Village Manhattan selepas dilihat oleh orang ramai yang menyiarkan gambarnya ke media sosial sekali gus membantu polis menangkapnya, lapor media tempatan.

Pihak berkuasa memberitahu pemberita bahawa siasatan sedang diteruskan mengenai motif James. Tumpuan mereka sebahagiannya kepada banyak mesej dan video media sosial yang disiarkan oleh suspek. – Agensi

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Kolestrol saya tinggi, kata Rafizi selepas keluar wad
October 30, 2023· Politik
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023· Dunia
Samakan diri dengan Mandela, Sanusi kata ‘kepala lutut hang’ kepada Anwar
October 7, 2023· Politik
Popular
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok