Jerman benar masjid laung azan guna pembesar suara

October 13, 2021 · Dunia

Lebih 35 buah masjid di Cologne dan masjid terbesar di Jerman sudah diberi kebenaran untuk melaungkan azan menggunakan pembesar suara ketika solat Jumaat.

Daily Mail melaporkan, kelulusan itu dibuat selepas satu persetujuan diperoleh antara majlis perbandaran Cologne dan komuniti Islam untuk melonggarkan sekatan.

Datuk Bandar Cologne, Henriette Reker memaklumkan dib awah inisiatif dalam tempoh dua tahun, semua masjid di Cologne dibenarkan menyiarkan laungan azan sehingga lima minit pada solat Jumaat antara tengah hari hingga jam tiga petang.

Jelasnya, kebenaran itu turut melibatkan Masjid Pusat Cologne yang dibuka pada 2018 selepas menjadi titik tolak sentimen anti-Islam dari parti haluan kanan berikutan kemasukan para pencari suaka sejak 2015 dan 2016.

“Kebanyakkan penduduk Cologne beragama Islam, pada pendapat saya, ini adalah tanda hormat membenarkan laungan azan.

“Ini menunjukkan kepelbagaian dihargai dan dihayati di Cologne,” katanya menerusi ciapan di laman Twitter.

Inisiatif bagi tempoh dua tahun itu akan membenarkan laungan azan ketika solat Jumaat.

Selain itu, majlis perbandaran di kawasan itu memaklumkan bagi masjid yang berhasrat menyiarkan laungan azan perlu mematuhi had ketinggian pembesar suara dan harus memberitahu kepada kejiranan terlebih dahulu.

Sehingga kini, lebih 4.5 juta penduduk Islam di Jerman dan Cologne iaitu bukan bandar pertama di negara itu yang meluluskan masjid untuk menyiarkan laungan azan.

Dimaklumkan, semua masjid di Gelsenkirchen dan Duren sudah dibenarkan menyiarkan laungan azan sejak tahun 1990-an. – Agensi

Berita berkaitan
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Ahli Parlimen dilarang guna ‘kafir’, ‘zionis’ dan ‘yahudi’ semasa berbahas: Speaker
October 23, 2023· Politik
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
September 26, 2023· Politik
Tiada tindakan diambil terhadap Fahmi berkempen di masjid: MAIS
August 29, 2023· Politik
Popular
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok