Ida rempuh Louisiana, tiupan angin 150 batu sejam

August 30, 2021 · Dunia

Taufan Ida yang tiba dari Teluk Mexico sebagai ribut kategori 4 mula membadai Louisiana pada Ahad dengan kelajuan angin 150 batu sejam, membawa bersama hujan lebat dan ombak yang menenggelamkan sebahagian besar pantai.

Bekalan elektrik terputus sejak malam tadi di seluruh New Orleans, setelah lapan saluran penghantaran ke bandar terbesar di Louisiana itu gagal berfungsi, lapor syarikat utiliti Entergy Louisiana.

Sebuah menara penghantaran tumbang ke dalam Sungai Mississippi, kata Jabatan Pengurusan Kecemasan Jefferson Parish.

Ida membadai pantai sekitar tengah hari berhampiran Port Fourchon, Louisiana, hab industri utiliti pesisir teluk, merempuh pinggir pantai dengan kekuatan awal angin 50 batu sejam di luar pusat ribut.

Hentaman Taufan Ida itu muncul setelah 16 tahun Taufan Katrina, salah satu rekod bencana buruk, menghentam New Orleans menyebabkan 80 peratus daripada bandar raya itu dinaiki air dan 1,800 nyawa terkorban.

Pejabat Sherif Ascension Parish melaporkan seorang individu terbunuh akibat pokok tumbang di ibu negeri Louisiana, Baton Rough – mangsa pertama akibat taufan itu.

Taufan Ida mula merempuh negeri Louisiana di Amerika Syarikat, hari ini.

Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) pula melaporkan banjir kilat berlaku di tenggara Louisiana.

Ribut yang melanda turut memaksa perkhidmatan perubatan kecemasan di New Orleans ditangguhkan tatkala seluruh negeri itu mulai mengalami gelombang keempat jangkitan Covid-19 keempat yang mengancam sistem penjagaan kesihatan Louisiana.

Dianggarkan seramai 2,450 pesakit Covid-19 sedang dirawat di beberapa hospital di negeri ini, kebanyakannya di tempatkan di unit rawatan rapi menyebabkan pemindahan tidak disyorkan.

Pihak berkuasa Mississippi, negeri bersempadan dengan Louisiana turut mengisytiharkan darurat, sementara Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata taufan itu akan berubah menjadi ribut paling berbahaya.

Semalam ribuan penduduk meninggalkan New Orleans ketika Gabenor John Bel Edwards memberi amaran taufan itu boleh menjadi yang terbesar dan terburuk dalam tempoh 150 tahun serta menggesa semua penduduk mengambil langkah berwaspada. – Agensi

Berita berkaitan
Kedutaan AS hantar tiga notis kepada Malaysia berhubung isu Palestine
October 31, 2023· Isu semasa
Ribuan rakyat berhimpun bersama pemimpin PN di depan kedutaan AS
October 28, 2023· Isu semasa
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023· Politik
Penyanyi rap dibayar AS$100 juta bantu Jho Low henti siasatan AS
April 21, 2023· Isu semasa
Popular
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok