‘Harry Potter’ edisi pertama dijual pada harga rekod dunia RM1.988 juta

December 10, 2021 · Dunia

Edisi pertama Harry Potter dijual pada harga AS$471,000 (RM1,988,562) di Amerika Syarikat pada Khamis dalam apa yang dikatakan oleh pelelong sebagai mencapai rekod dunia untuk karya fiksyen abad ke-20.

Edisi kulit keras 1997 British, ‘Harry Potter And The Philosopher’s Stone’, dengan ilustrasi berwarna pada muka depan, telah disifatkan oleh Heritage Auctions sebagai “ajaib, sangat terang dan sangat hampir asli”.

Buku itu diterbitkan di Amerika Syarikat sebagai ‘Harry Potter And The Sorcerer’s Stone’.

Syarikat pelelong yang berpangkalan di Dallas itu berkata hanya 500 salinan dengan penjilidan khusus telah dicetak dengan harga akhir adalah lebih enam kali ganda anggaran pra-jualan sebanyak AS$70,000.

Harga lelongan sebelum ini untuk edisi pertama Harry Potter adalah antara kira-kira AS$110,000 dan AS$138,000.

“Bukan sahaja buku Harry Potter paling mahal pernah dijual, ia juga karya fiksyen abad ke-20 yang diterbitkan secara komersial paling mahal yang pernah dijual,” kata Naib Presiden Eksekutif Heritage Auctions, Joe Maddalena dalam satu kenyataan.

Buku itu dijual oleh pengumpul Amerika dan nama pembeli tidak diberikan.

Pengarang British J.K. Rowling kemudiannya menulis enam lagi buku mengenai pengembaraan remaja yatim piatu yang juga ahli sihir, dan telah menjual kira-kira 500 juta naskhah di seluruh dunia dalam 80 bahasa, menurut penerbit AS Scholastic.

Buku-buku itu ditukar kepada lapan filem yang menghasilkan AS$7.8 bilion. – Agensi

Berita berkaitan
Mahkamah kembalikan perintah pengharaman buku Gay is Okay! A Christian Perspectiveā€¯
September 25, 2023· Isu semasa
Tommy didakwa guna RM3.5 juta dana awam lantik peguam luar
October 22, 2022· Isu semasa
‘Peluru BN’ disebut PM bukti niat jahat hasil siasatan buku Tommy
October 18, 2022· Politik
Polis syor dakwa Tommy Thomas: Laporan Mingguan Malaysia
October 16, 2022· Isu semasa
Popular
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok