Filipina digegar gempa bumi magnitud 6

March 7, 2023 · Dunia

Gempa bumi dikesan mengegarkan selatan Filipina hari ini.

Menurut pemantau Geologikal Amerika Syarikat (USGS), amaran gegaran susulan dan kemusnahan dikeluarkan pihak berkuasa kepada penduduk berdekatan perbandaran Maragusan di wilayah pergunungan Davao de Oro di pulau Mindanao.

Gempa pada kedalaman cetek 8 kilometer (km) itu berlaku sekitar jam 2 petang waktu tempatan.

Seorang kakitangan pejabat bencana Maragusan memberitahu AFP bahawa pihak berkuasa sedang memeriksa laporan mengenai tanah runtuh di sebuah lebuh raya persekutuan.

“Kami belum lagi menerima sebarang laporan mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa setakat ini, tetapi kami sedang memeriksa perkampungan dan pekan di kawasan berkenaan.

“Gempa bumi turut menggegarkan pejabat kami tetapi tiada kerosakan dialami,” kata laporan tersebut.

Gempa bumi adalah perkara biasa di Filipina yang terletak sepanjang “Lingkaran Api Pasifik’, gerbang yang mengalami kesan seismik ketara selain aktiviti gunung berapi dari Jepun sehingga ke Asia tenggara, merentasi lembangan Pasifik.

Berita berkaitan
Universiti di Filipina digegarkan insiden tembakan
July 24, 2022· Dunia
Rakyat berpeluang saksi fenomena Super Full Moon esok
July 12, 2022· Isu semasa
Gunung berapi Filipina meletus lagi
June 12, 2022· Dunia
Feri terbakar di Filipina, 7 orang disahkan maut
May 23, 2022· Dunia
Popular
20 jemaah umrah maut, 29 cedera bas terbalik, terbakar
March 28, 2023
Bintang badminton Indonesia maut nahas jalan raya
March 21, 2023
Arab Saudi puasa Khamis
March 22, 2023
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023
Lagi Dunia terkini
20 jemaah umrah maut, 29 cedera bas terbalik, terbakar
13 jam lalu · Dunia
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023 · Dunia
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023 · Dunia
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023 · Dunia
Arab Saudi puasa Khamis
March 22, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Menteri, timbalan menteri cuai, jangan salahkan pegawai gagal jawab isu RMT
20 minit lalu
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
1 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok