Gempa terbaharu Turkiye: Ramai terperangkap, 29 bangunan runtuh

February 28, 2023 · Dunia

Gempa bumi menggegarkan tenggara Turkiye pada Isnin (27 Februari 2023), mengorbankan seorang penduduk, mencederakan 110 yang lain, dan menyebabkan 29 bangunan runtuh, kata pihak berkuasa Turkiye sekali gus mencetuskan kerja menyelamatkan beberapa orang yang dipercayai terperangkap dalam runtuhan.

Gempa susulan terbaru, dengan magnitud 5.6 pada kedalaman 6.15 kilometer, melanda tiga minggu selepas gempa besar yang mengorbankan lebih 50,000 nyawa di Turkiye dan Syria.

Pasukan penyelamat mengeluarkan seorang lelaki yang masih hidup dari runtuhan bangunan di wilayah Malatya, rakaman langsung penyiar CNN Turk menunjukkan usaha yang dilakukan itu.

Beberapa ketika kemudian, ia menunjukkan seorang wanita, dikatakan anak perempuan lelaki itu, diselamatkan dari blok pangsapuri yang sama.

Mereka dikatakan memasuki bangunan yang rosak itu untuk mengambil harta benda yang ditinggalkan di situ selepas gempa pertama tiga minggu lalu.

Di sebuah bangunan lain, di mana tiga orang dipercayai terperangkap, pasukan penyelamat berselang-seli meminta orang ramai supaya senyap setelah mereka mendengar bunyi atau tanda kehidupan di dalam runtuhan bangunan.

Yunus Sezer, Ketua Agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Türkiye memberitahu sidang media bahawa pasukan mencari dan menyelamat telah dikerahkan ke lima bangunan.

Terdapat empat gempa bumi baharu di wilayah itu dalam tempoh tiga minggu lalu, serta 45 gegaran susulan dengan magnitud antara lima dan enam, kata Ketua Pengarah AFAD, Orhan Tatar.

“Ini adalah aktiviti yang sangat luar biasa,” kata Tatar.

Pada Ahad, AFAD mengumumkan bahawa jumlah kematian dalam gempa bumi yang dahsyat tiga minggu lalu telah meningkat kepada 44,374 mangsa.

Jumlah keseluruhan kematian di Türkiye dan negara jiran Syria melebihi 50,000 orang.

Lebih 160,000 bangunan, termasuk 520,000 pangsapuri runtuh atau rosak teruk di Turkiye akibat bencana itu, yang terburuk dalam sejarah moden negara berkenaan. – Agensi

Berita berkaitan
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023· Isu semasa
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023· Dunia
Pembahagian kerusi PN dalam PRN berjalan dengan baik, sudah selesai: Sanusi
March 25, 2023· Politik
Filipina digegar gempa bumi magnitud 6
March 7, 2023· Dunia
Popular
Penahanan Imran Khan tidak sah, kata Mahkamah Agung
May 12, 2023
Ramai wanita bekerja di Jepun bunuh diri
November 3, 2021
Lagi Dunia terkini
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
11 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
June 7, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok