Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA

March 24, 2023 · Dunia

Asteroid yang ditemui hanya minggu lepas akan melintasi ruang antara orbit bumi dan bulan, esok (25 Mac 2023), kejadian yang sangat jarang berlaku, hanya sekali dalam sedekad, menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat (AS).

Ketulan batu berdiameter sekitar 40 meter hingga 90 meter yang digelar ‘2023 DZ2’, akan melintas paling hampir dengan bumi pada jarak hanya 175,029 kilometer, kurang daripada separuh jarak ke bulan (384,000 kilometer).

2023 DZ2 ditemui Khamis lalu oleh ahli astronomi di tapak pemerhatian di Kepulauan Canary, sebuah komuniti autonomi Sepanyol yang terletak di luar pantai barat laut Afrika.

Asteroid itu yang saiznya kecil sedikit daripada Arc de Triomphe di Paris hingga setinggi Patung Liberty di New York, bergerak sekitar 7.78 kilometer sesaat, atau 28,000 kilometer sejam.

Akaun Twitter NASA Asteroid Watch menandakan pendekatan asteroid, sambil menambah bahawa ia akan melewati bumi dengan selamat.

“Ahli astronomi dengan International Asteroid Warning Network menggunakan kedudukan asteroid yang hampir dengan bumi untuk mempelajari sebanyak mungkin tentang 2023 DZ2 dalam tempoh masa yang singkat,” kata tweet itu.

Asteroid akan melintas paling hampir dengan bumi sejurus sebelum jam 4 petang waktu EDT, mengikut anggaran semasa, tetapi EarthSky.com menasihatkan ahli astronomi amatur yang berharap dapat melihat sekilas asteroid dengan teleskop harus melihat awal malam Jumaat.

“Tiada kemungkinan bagi asteroid ini melanggar bumi tetapi laluannya yang begitu dekat membolehkannya diperhati dan diteliti dengan baik,” kata Ketua Pertahanan Planet, Agensi Angkasa Eropah, Richard Moissl, dalam satu kenyataan.

Kali seterusnya asteroid berdiameter 15 hingga 33 meter yang dutemui pada 2013, akan melalui bumi, tetapi lebih dekat jaraknya dengan bulan adalah pada 2026.

Asteroid 2001 WN5 yang sebesar Jambatan Golden Gate dengan diameter 0.93 kilometer dan kali terakhir melintasi bumi pada 2019, akan melintas bumi pada 2028 pada jarak 248,332 kilometer.

Pada tahun 2029, asteroid Apophis yang terkenal – dinamakan sempena istilah Yunani untuk dewa huru-hara Mesir – akan meluncur laju hanya 37,000 kilometer jauhnya dari bumi, kejadian yang sangat jarang berlaku yang sepatutnya dapat dilihat dengan mata kasar.

Asteroid ialah objek kecil berbatu yang mengorbit matahari. Walaupun asteroid mengorbit matahari seperti planet, ia jauh lebih kecil daripada planet.

Terdapat banyak asteroid dalam sistem suria kita, namun kebanyakannya berada dalam lingkaran utama asteroid – satu kawasan antara orbit Marikh dan Musytari. – Agensi

Berita berkaitan
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023· Dunia
Filipina digegar gempa bumi magnitud 6
March 7, 2023· Dunia
MP Amanah juga senada dengan desakan PN, pertimbang keluar KWSP
February 25, 2023· Isu semasa
Pengenalan cukai vape antara tumpuan dalam pembentangan Bajet 2023
February 22, 2023· Isu semasa
Popular
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Elon Musk lawat Indonesia pada Nov bukan Malaysia selepas dijemput Jokowi
May 16, 2022
Lagi Dunia terkini
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
20 jam lalu · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023 · Dunia
Penahanan Imran Khan tidak sah, kata Mahkamah Agung
May 12, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
46 minit lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok