Mas Ermieyati calon Pengerusi PAC

April 3, 2023 · Isu semasa

Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin akan dilantik mengetuai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen ke-15, esok (4 April 2023).

Menurut Kertas Perintah untuk persidangan hari terakhir Parlimen, usul pertama ialah pencalonan Naib Ketua Srikandi Bersatu Malaysia itu sebagai Pengerusi PAC dengan Ahli Parlimen DAP, Kluang Wong Shu Qi dicalonkan sebagai Naib Pengerusi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengumumkan perkara itu.

Jika diterima, Mas Ermieyati akan menjadi wanita kedua mengetuai PAC, dengan yang pertama ialah Datuk Noraini Ahmad.

Selain pengerusi dan naib pengerusi, badan pemantau Parlimen itu akan merangkumi antara enam hingga 12 ahli yang akan dicalonkan oleh jawatankuasa pemilihan yang akan ditubuhkan.

PAC ialah jawatankuasa Parlimen yang dibentuk untuk meneliti laporan daripada Ketua Audit Negara dan meneliti kewangan kerajaan serta wang yang diperuntukkan oleh Parlimen untuk perbelanjaan awam.

Ia adalah tradisi yang berpunca daripada sistem Parlimen Westminster untuk membuat susulan terhadap penemuan audit awam dan PAC mempunyai kuasa untuk memanggil menteri, orang awam, penjawat awam dan pegawai lain ke jawatankuasa itu untuk disoal siasat.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Popular
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Azam Baki sahkan Rohana sudah pulangkan AS$10 juta
March 24, 2023
Kes Adib: 17 lelaki terlibat dalam rusuhan kuil dibebaskan
June 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok