Elon Musk berjumpa delegasi Indonesia bincang prospek pelaburan Tesla

April 27, 2022 · Dunia

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Elon Musk baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan delegasi dari Indonesia di Gigafactory Texas bagi membincangkan prospek pelaburan ke negara republik tersebut.

Tular di media sosial beberapa gambar delegasi Indonesia bertemu dengan jutawan terkenal tersebut.

Kumpulan itu dilaporkan membincangkan beberapa topik, antaranya ialah deposit nikel Indonesia, yang akan bernilai untuk Tesla dan usaha pengeluaran baterinya.

Nikel ialah komponen penting bateri kenderaan elektrik, seperti sel 4680 yang Tesla akan gunakan untuk projek seperti Cybertruck, Tesla Semi dan Roadster generasi akan datang.

Antara delegasi dari Indonesia yang turut serta dalam pertemuan tersebut adalah termasuk Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia Luhut Binsar Pandjaitan, Duta Besar Indonesia ke Amerika Syarikat Rosan Roeslani, dan Anindya Bakrie, ketua umum Majlis Penasihat Dewan Perniagaan dan Industri.

Dalam catatan di Instagram, Anindya berkata matlamat pertemuan itu adalah untuk memujuk Tesla meneroka idea bekerjasama dengan Indonesia bagi rantaian bekalan baterinya.

“Matlamat kami adalah untuk meyakinkan Tesla meneroka kerjasama dengan Indonesia bagi pembekalan dan pemprosesan Nikel sebagai bahan mentah untuk membuat Sel Bateri berdasarkan ESG (Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus) yang baik dan mampan,” katanya dalam akaun Instagram.

Anindya berkata Musk sangat positif semasa mesyuarat itu, ia susulan kejayaannya untuk menguasai Twitter baru-baru ini.

Sementara itu, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan menyifatkan pertemuan dengan Musk sangat menyenangkan.

Luhut berkata Musk bersetuju untuk bertemu dengan Presiden Indonesia Joko Widodo semasa lawatannya yang akan datang ke Amerika Syarikat.

Berita berkaitan
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024· Isu semasa
Pengurus syarikat kerugian hampir RM80,000 ditipu pelaburan dalam talian
November 24, 2023· Isu semasa
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Sindiket mata wang kripto RM50 juta lebih ditumpaskan
November 4, 2023· Isu semasa
Popular
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok