Cadangan Russia tutup loji kuasa nuklear Ukraine cetus kebimbangan

August 19, 2022 · Dunia

Kementerian Pertahanan Russia berkata ia sedang mempertimbangkan untuk menutup loji janakuasa nuklear (NPP) Zaporizhzhia yang ditawannya di selatan Ukraine, mencetuskan amaran daripada agensi nuklear negara bahawa berbuat demikian akan mencetuskan risiko bencana.

“Perkembangan negatif” di loji janakuasa itu boleh memaksa Russia untuk mempertimbangkan “meletakkan unit kuasa ke-5 dan ke-6” ke dalam “rizab sejuk,” yang membawa kepada “penutupan RFN Zaporizhzhia,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tindakan itu bakal diambil tatkala Russia menyalahkan Ukraine kerana membedil tapak tersebut. Pihak berkuasa Ukraine menyangkal dakwaan itu, menuduh Russia berada di sebalik serangan yang telah merosakkan kompleks janakuasa berkenaan.

Energoatom, syarikat kuasa nuklear kerajaan Ukraine, berkata prospek menutup loji itu akan membawa “senario bencana sinaran radioaktif lebih dekat.”

“Sekiranya berlaku penutupan penjana NPP (Zaporizhzhia) daripada sistem kuasa Ukraine, mereka tidak akan dapat digunakan untuk keperluan penyejukan bahan api mereka sendiri sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik di loji itu,” kata Energoatom dalam siaran Telegram pada hari Khamis.

“Ini akan menyebabkan kemungkinan senario bencana sinaran di loji tenaga nuklear terbesar di Eropah.”

Loji itu merupakan titik tumpuan kebimbangan global yang semakin meningkat selepas beberapa minggu peningkatan serangan telah mencetuskan gesaan daripada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membenarkan pakar melawat kemudahan itu dan menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan kemalangan nuklear.

Kedua-dua pihak – Russia dan Ukraine – telah cuba menuding jari antara satu sama lain kerana mengancam keganasan nuklear.

Serangan Ukraine telah merosakkan sistem sokongan tambahan, termasuk peralatan lain yang memastikan reaktor tetap sejuk, menurut Moscow yang menuduh tentera Ukraine melakukan 12 serangan ke atas kemudahan itu menggunakan lebih 50 peluru artileri dan lima dron ‘kamikaze’.

Ukraine secara konsisten menafikan dakwaan itu dan menyalahkan Russia membedil loji berkenaan, serta menggunakannya sebagai perisai untuk menembak ke arah kedudukan Ukraine di Nikopol, di tebing bertentangan Sungai Dnipro. Russia juga telah menafikan dakwaan Ukraine.

“Kami bersedia untuk membentangkan kepada IAEA imej resolusi tinggi sebenar… yang menunjukkan bahawa senjata, terutamanya yang berat, tidak diletakkan di wilayah stesen ini,” kata Russia. – Agensi

Berita berkaitan
Tiga hari mangsa banjir tidur beralas kotak: Laporan
March 4, 2023· Isu semasa
Banjir: Jumlah mangsa di lima negeri meningkat pagi ini
March 2, 2023· Isu semasa
Russia hantar Soyuz MS-23 untuk selamatkan kru terkandas di ISS
February 24, 2023· Dunia
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023· Isu semasa
Popular
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023
Jepun labur lagi AS$25 bilion tangani kadar kelahiran rendah
June 14, 2023
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023
Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
15 minit lalu
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok