Tiga hari mangsa banjir tidur beralas kotak: Laporan

March 4, 2023 · Isu semasa

Mangsa bencana banjir berdepan kesulitan dan terpaksa tidur beralaskan kotak di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor.

Media melaporkan mangsa banjir terpaksa mencari inisiatif sendiri dalam menghadapi kesulitan selepas banjir menenggelamkan rumah mereka sebelum bantuan tiba di PPS.

“Selama tiga hari saya tidur hanya beralaskan kotak,” kata Siti Badariah Ahmad, 63, dipetik laporan BH.

Siti Badariah antara mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Dalam Ayer Hitam.

Siti Badariah yang berasal dari Kampung Parit Khalid, berkata kekurangan barangan keperluan terutama selimut, seharusnya diatasi secepat mungkin demi keselesaan mangsa banjir.

“Bagi mengelakkan kesejukan, kami sekeluarga terpaksa tidur beralaskan kotak.

“Alhamdulillah, hari ini kami menerima sumbangan selimut disampaikan oleh wakil rakyat.

“Kami amat terharu dengan sumbangan berkenaan dan pada hari ini Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga menyediakan tikar bagi penghuni di PPS ini,” katanya lagi.

Difahamkan, kekurangan di PPS ekoran jumlah mangsa banjir yang meningkat dan kekurangan bekalan keperluan yang tidak dapat dihantar.

Dalam pada itu, media melaporkan keadaan banjir di beberapa negeri bertambah buruk apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 38,120 orang malam ini, berbanding 36,191 mangsa, petang tadi.

Menurut laporan Portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, jumlah itu membabitkan 34,849 mangsa di Johor, 2,186 mangsa (Pahang), 867 (Negeri Sembilan), 204 (Melaka) dan 14 di Sarawak.

Berita berkaitan
Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS
22 jam lalu· Isu semasa
Isu banjir Johor, kita pun naik malu nak cakap: TMJ
March 13, 2023· Isu semasa
Masih ramai mangsa banjir ditempatkan di PPS tiga negeri
March 11, 2023· Isu semasa
Penduduk Batu Pahat diminta berjaga-jaga hadapi banjir dan air pasang
March 10, 2023· Isu semasa
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
6 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
9 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
9 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
10 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
16 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok